Friday 20 May 2011

PIRAMID MAKANAN - PART 02

Mari kita terjah http://www.infosihat.gov.my/penyakit/pemakanan/PIRAMIDMAKANAN.php utk panduan kita semua.

Bagi saya, saya lebih tertarik utk yg ini http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Pemakanankanak.php

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.
Apa yg kita perolehi bila baca ini? Perlu ke diberikan anak2 kita susu semata2? Bagaimana kita nak corakkan anak kita tu? Adakah menjadi seorg yg cerewet atau tidak?

Adakah susu itu sudah cukup utk meliputi keseluruhan piramid makanan tersebut? Betul kita mungkin tak dapat bagi ikut kuantiti yg disyorkan tapi sekurang2nya kita mengajar anak kita tentang sesuatu makanan tersebut. Kita mengajar dia utk belajar menggunakan tangan utk mencapai makanan tersebut, guna geraham utk menghancurkan sesuatu makanan. Kita mengajar dia utk mengenali pelbagai rasa; masam, pahit, manis.

Saya pernah disapa oleh seorang Dr yg mengatakan saya tidak memberikan anak saya zat yg sepatutnya dia terima (dia maksudkan bila saya tidak memberikan susu formula, bermakna anak saya tidak dapat zat, lagi pulak keadaan Nasreen pada masa tu yg selalu demam). Bagaimana seorg Dr yg arif (pada saya Dr ni berilmu  bab2 ni dari saya), tp dia seperti tidak apply apa yg dia belajar, dan apa yg jadi pada anak2 sekarang ni.

Kadang2 saya terfikir, bagaimana ye zaman2 saya kecik2 dulu..bagaiman ibu bapa zaman dulu boleh mendidik anak dgn baik. Tidak satu pun dari adik beradik saya yg cerewet dalam pemakanan. Semuanya kami makan. Kenapa kita tak boleh apply dizaman sekarang? (masih diambil kira tentang keburukan satu2 makanan itu ye :D )

Saya tidak mengatakan Nasreen adalah contoh anak yg tidak cerewet. Dia cerewet juga kadangkala, tapi saya bangga dengan perkembangan dia.

Ikut apa kata hati ibu2..jgn ikut apa yg org cakap :D








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...