Monday 17 October 2011

HM4HB - IBU2 DI IPOH

Ibu2 di Ipoh

Ibu2 di Ipoh telah menyatakan ketidakpuashatian mereka tentang artikle yg telah tersiar di akhbar Berita Harian - Jumaat (14hb Okt 2011).




HM4HB - BALASAN AYUNI ---> BH


Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia; Surat kepada Editor Berita Harian

Oleh Ayuni Zainuddin pada pada 14hb Oktober 2011 pukul 4.39 ptg
Kepada pihak editor Berita Harian,

Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman, dan Wong Hui Juan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.

Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet". Artikel berkenaan yang juga disertai denganteaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"

Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.

Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:

"Re: inportant

hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."

Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk. 

Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.

HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.

Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233. 

Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.

Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik. 

Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!

Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.

Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan
Danielle Sweetman
Wong Hui Juan







HM4HB - Episod 1

Ni cerita Jumaat lepas. Sedang sibuk2 membzkan diri depan pc ni, sorang kawan bertanya kan hal susu ibu yg diurusniagakan di internet. Mula2 tu mmg saya bersetuju dgn pihak akhbar (tanpa membaca akhbar tersebut). Untuk menyelamatkan alam sejagat, saya minta kawan saya tu letakkan link di msg FB saya.

So, bila balik lunch hari tu, saya cuba la buka link tu....cerita panjangnya takde, yg ada cuma yg dia quotekan sahaja. baca sahaja quotenya.....




Tawar susu ibu di internet
Oleh Nor Affizar Ibrahim & Nor Afzan Mohamad Yusof
bhnews@bharian.com.my
2011/10/14

Gambar hiasan
Gambar hiasan
  • Dr ***** ingin mencari anak susuan Muslim perempuan. Beliau masih menyusu dua anak kembarnya, **** dan **** yang berusia 8 bulan tapi supplyanya sangat banyak sampai kena buang sebab lepas tarikh luput. Jika anda tinggal berdekatan Seremban dan mencari ibu susuan, sila hubungi 012******. Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

  • “Kepada semua, saya mempunyai lebihan susu badan 15 beg yang mana setiap satu 5oz dan susu berkenaan dipam pada awal September lalu. Saya menyimpan semuanya di dalam peti sejuk dan sekarang tiada tempat lagi. Pagi tadi, saya berasa sakit dan perlu membuang 11 lagi beg susu badan. Saya harap dapat mendermakannya dan membantu bayi yang memerlukannya. Tolong hubungi saya, jika anda memerlukan sebarang susu badan. Saya tinggal di Puchong. Saya ada mengambil suplemen vitamin, Omega 3, kalsium dan tidak merokok dan tidak minum alkohol. Terima kasih.
    (Sumber laman web)



  •                                                                                                                     



    Saya ulang semula quotenya,

    Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

    Adoooiiiii yangggggg.......EBM tu maknanya EXPRESSED BREASTMILK laaaaaaa........

    Bila baca yg tu je..saya tau dah apa isi kandungan artikle tersebut...

    Terus saya cari wall Ayuni. Rupanya mmg dah penuh dah kat wall dia. Sian Ayuni. Walaupun saya tidak dalam group dia, tapi tujuan asal kami adalah sama. Saya sangat2 terpukul dgn kenyataan wartawan tersebut. Sungguh tidak professional bila menulis tanpa mengkaji dan dia telah merendah2 kan ibu2, dan juga apa yg telah disyariatkan Allah.




    Wednesday 12 October 2011

    KEMATIAN

    Akhir2 ini saya menerima berita kematian. Kematian suami teman2 sekolah.

    Sebulan yg lepas, teman sekelas - suaminya meninggal disebabkan jangkitan paru2.

    Hari ni, teman setingkatan, suaminya meninggal disebabkan serangan jantung.

    Pada saya, cerai mati adalah lagi parah kesannya daripada cerai hidup. Subhanallah..selalunya kalau diberitakan seperti ini, saya selalu berfikir, adakah saya mampu utk hadapinya jika ianya terjadi pada saya. Adakah saya mampu hidup sendirian membesarkan anak tanpa suami disisi. Sekarang mungkin anak baru seorg, masih boleh uruskan. Apa jadi seandaiannya dia dipanggil Ya Rab, sementalah anak kami bukan seorg.

    Hati saya sangat2 tersentuh apa lagi memikirkan tntg anak2 yatim. Mencari si ayah disaat masih memerlukan ayah dalam hidupnya. Saya sendiri lalui perasaan ini, cuma yg membezakannya, ayah saya pergi tatkala umur saya sudah 20thn.

    "Ya Allah Ya Rahman, berilah ketabahan pada insan2 yg Ko uji. Semoga mereka terus redha dgn setiap ujianMu "




    Tuesday 4 October 2011

    SABTU YANG INDAH

    Dah lama kami anak beranak tidak menghabiskan masa bersama2. Menghabiskan maksud saya - keluar ber3 tanpa gangguan2 lain.

    Sabtu lepas, usai je kelas Alimkids - kami ke MV. utk tgk wayang dan menjengah expo yg sedang berlangsung.

    Bila En Lan ajak je p tgk wayang, saya dgn jayanya mengatakan - "kita tgk cite Jet Li ekkk....". En Lan pandang saya - " ehhh...sejak bila plak awak layan cite kungfu ni...." "ayooo...awat? mcm tak de rupa org layan cite kungfu ekk saya ni :P "

    Saya mmg dari dulu layan cite kungfu, lebih2 lagi cite Jet Li..Hemh..so, kami p la tgk cite 'The Sorcerer and The White Snake'

    Alahaiiii...lepas habis cite tu kan, rasa nak menyumpah sat. Sejak bila pulak Jet Li ni berlakon cite ngarut2 ni...Dalam cite tu, ada element Wonderpets, ada masukkan kejadian Tsunami...serius lawaknya cite tu...Rasa nyesal pun ada gak...terpikir2, kalau tau dari awal citenya mcm tu, baik tgk The Three Musketeers...

    Apa2 pun...tq En Lan....




    EXPRESSING & STORING BREASTMILK

    Selalu menjadi kekeliruan tntg expressing dan storing breastmilk. Saya dah banyak kali menulis tntg ini, dan dah banyak kali juga telah menunda utk siarkan di ruangan blog ni.

    Kebetulan saya baca newsletter dari SUSUIBU, saya terjumpa artikle yg telah ditulis oleh Pn Rita Rahayu, BSc, CISA, IBCL

    apa kata kak rita

    Selamat membaca. Semoga dgn ilmu yg telah dicurahkan ini, membolehkan ilmu kita juga bertambah :D



    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...