Tuesday, 10 May 2011

Bagaimana Untuk Mencari Pembimbing Ibu Menyusu.

Assalamualaikum.

Oh betapa sukarnya utk saya menterjemahkan tajuk ini. Tajuk asalnya adalah dalam Bahasa Inggeris - "HOW TO CHOOSE A GOOD AND HELPFUL BREASTFEEDING SUPPORT PERSON". Saya sedang membaca di laman Dr Jack, dan saya rasa tak salah kan jika saya terjemahkan disini dan perkenalkan kumpulan2 yg ada di Malaysia ini.

Apa itu Lactation Consultant? Atau kata lain - Pakar Laktasi. Mereka adalah individu yg berlatarbelakangkan kesihatan atau individu yg telah menjalani beberapa proses utk melayakkan memegang nama 'IBCLC'.

Menurut kata Dr Jack;
1. Bila kita mendapatkan khidmat nasihat dari Pakar Laktasi, kita tak perlu fikir yg mereka ingin menjual produk mereka. Fungsi mereka adalah untuk membantu ibu2 yg menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu dan bantuan itu tidak memerlukan sebarang produk. Perlu diingatkan bila kita bertemu dgn Pakar Laktasi, kita mmg akan dikenakan bayaran utk khidmat mereka. Namanya pun pakar kan, samalah jika kita mendapatkan sebarang perkhidmatan dari mana2 pakar yg lain. Jadi jgn terkejut ya.

2. Apa sekali pun masalah kita dalam penyusuan susu ibu, Pakar Laktasi tidak boleh mengatakan yg ibu2 tidak boleh menyusu. Kadang2 bila kita jumpa Dr atau Pakar Laktasi, mereka mengatakan mcm2 dan akhirnya mereka minta kita menghentikan penyusuan tersebut. JANGAN PERCAYAKAN MEREKA. Cuba dapatkan nasihat dari Pakar Laktasi yg lain. Di Malaysia ini, ramai Pakar Laktasi, bukan hanya di hospital sahaja. Selagi kita memiliki payudara dan puting - kita MEMANG BOLEH menyusukan si comel kita.

3. LC mahupun kumpulan sokongan atau Pembimbing Ibu Menyusu (PC) TIDAK BOLEH membawa sebarang susu formula @ atrificial breastmilk bila berjumpa dgn ibu2 yg menghadapi masalah penyusuan. Mereka tidak boleh menamakan sebarang jenama susu kepada ibu2.

4. Penggunaan nipple shield dan botol. Kebiasaannya bayi akan menghadapi masalah pada 3 hari pertama kelahiran. Dan ibu2 selalu merasakan nipple shield adalah penyelamatnya. Pada saya, besarnya nipple shield itu tetap tidak sama dgn keadaan asal puting kita. Penggunaan nipple shield adalah tidak digalakkan atas sebab kebersihan. Jadi teruskan penyusuan pada 3 hari pertama dan insya-allah bila susu matang sudah keluar, pasti bayi anda tidak akan menghadapi masalah utk menghisap.

Dimana kita boleh mendapatkan bantuan?

1. Di hospital2 rakan bayi ; Hospital Serdang, HKL, Selayang, Kelang (Lembah Klang)
2. Hospital swasta yg telah mendapat status Rakan Bayi seperti KPJ Ampang Puteri, KPJ Kajang.
3. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor - http://malaysianbfpc.org/images/MBfPC-Contact.pdf
4. Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM) - http://www.susuanibu-pk.gov.my/
5. susuibu.com - http://susuibu.com/modules/news/

Selamat Menyusukan Bayi Anda :D




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...