Monday 2 April 2012

ILMU PSI

Semalam aii membaca 1 topic kat 1 grp kat FB ni......cerita tentang knp Doktor2 di Malaysia ni tidak menyokong penyusuan susu ibu (PSI)

Dulukan masa mula2 aii ceburkan diri dlm bidang penyusuan, dan ketika menghadapi masalah (masalah aii masa tu adalah Cik Aceen selalu demam. Boleh dikatakan setiap bulan dia mesti akan demam). Tapi masa tu paed aii tak halang aii bagi Cik Aceen susu aii, cuma Dr yg sorang lagi ni (aii suka jumpa Dr yg sorang ni).

Masa tu kan, paed aii dapat kesan yg Cik Aceen ada thalesimia...tapi bila buat blood test bagai - dia hanya ada HB E Trait. Apa itu HB E Trait.... baca sini.

Ayat mudahnya adalah tekanan darah rendah. Masa tu kan, aii jumpa la Dr kesayangan aii ni, dia cucuk jarum kat aii, dia kata tak cukup setakat bagi susu badan kat anak..dia syorkan susu formula yg pada saranan dia tu mengatakan susu tu complete dari A-Z...berasap aii nak tunggu dia habiskan ceramah dia tu..Bila keluar je dari pintu bilik dia tu, aii terus cakap dgn En Lan, "saya mmg suka jumpa Dr ni, tapi saya tak suka bila dia consult saya tentang penyusuan susu ibu"

So....setelah menghadiri beberapa ceramah / training dalam PSI - saya dapat simpulkan yg topic PSI ni hanya 1 topic yg kecik je yg silabus perubatan. Mungkin tak masuk dalam exam diaorg pun. Jadi tidak hairan la bila Dr2 ni tidak menyokong PSI.

aii pernah terjumpa seorg ibu ni, baru melahirkan anak. Komplen pada aii, katanya susu dia tak banyak. Kebetulan adik iparnya adalah Dr Sakit Puan...tau apa adiknya cadangkan kat dia? Pil tambah susu. aii tepuk dahi. Bila aii mula nak cerita kat dia mcmana nak tambah susu, si ibu ni lebih percaya pada adik iparnya yg Dr tu...so...diam je la.

Jadi aii rasa..ini pandangan aii la...Dr tu pun manusia biasa juga..sama mcm kita. Dia mmg ada ilmu tentang perubatan. Walaupun PSI ni termasuk dlm silabus perubatan, tidak bermakna mereka pakar dlm bidang tu. Cuba kita lihat balik, berapa ramai Dr di Malaysia ni yg sokong 200% dalam PSI? Dan berapa ramai Dr yg ada title IBCLC kat blkg nama mereka? bila la aii nak ada title tu

Semoga PSI semakin menular terus ke hati semua2 ibu di Malaysia ini :D


CINTA TERLARANG ep 2

Ala2 keji je kan aii pi cerita hal kawan baik aii sorang ni...Jgn salah anggap tau, memang la rupanya ala2 keji, tapi sebenarnyakan aii nak org tahu kenapa boleh terjadi kes2 sebegini.

Kita selalunya bila jumpa org yg melakukan perkara2 mungkar - kebiasaannya kita hina diaorg / kita pandang serong kat depa. Berapa ramai antara kita yg cuba memahami apa yg sedang mereka alami. Berapa ramai antara kita yg cuba berada di dalam kasut mereka?

Allah dah cakap, jgn hina makluk dia, nanti Aku bagi lebih lagi kat ko....(oppsss...ni ayat aii ye...tapi maksudnya gitu la)

aii akan cuba kupas lagi cerita kawan aii tu...terpulang pada yg membaca samaada nak pandang jengkel...pandang mcmana pun...aii sayang kat kawan aii tu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...