Saturday 31 March 2012

CINTA TERLARANG ep 1

aii jadi tak sampai hati nak teruskan cerita aii ni...

aii namakan dia AIDA...

Aida tak pernah sangka yg dia akan jatuh hati lagi utk kali ke2. Sebelom ni x-bfs dtg menagih cinta, menagih janji, tapi tak pernah dilayan. Semuanya kena maki balik kek dio...hahahha...bagus la kan, kitaorg ni dah la besfren, perangai pun sama je...kuat hamun kat org....

Mula2 dulu, dia mmg cuba elakkan diri dari bertentang mata dgn mamat tu..tapi lama mana sangat la dia boleh elakkan dari bertembung dgn mamat tu? 1 opis. hari2 bertentang mata. hari2 perlu berurusan.

Sehingga 1 hari, hubungan terlarang ni terhidu dek suaminya si Aida...sangat panazz....tapi masa tu diaorg tak de apa2 sangat pun..setakat berbalas sms, berbalas pm kat FB..itu je.

Nak jadi cite, lepas suami Aida tahu, makin ligat la manusia 2 org ni.

Hubungan bukan setakat rakan sekerja lagi..tapi dah jadi rakan lunch, rakan ngombe, kdg2 rakan bekpes, dan yg penting terlepas cite2 ngarut....hhhuuuuuuuuuuuuuwwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........



CINTA TERLARANG

Teman baik aii - seorang ISTERI...seorang IBU.... melalui pengalaman cinta sekali lagi. tapi bukan dgn suaminya. Tapi dgn suami orang......wOOwOOO....sangat panazz hokeyyy...

tetiba aii tak sampai hati plak nak menaip..bukan niat aii nak memburukkan org, tapi aii nak semua org tahu, bahawa perkara seperti ni mmg wujud. Perlu ke kita hina org seperti ni? apa sumbangan kita pada org seperti ini?

kawan aii ni dah kawen lama dah, dan dah punya anak juga. Dia ni sbnrnya ada problem dlm hubungan suami isteri. aii dah banyak kali beri cadangan kat dia, tapi dia tak mo juga..

1 hari kat opis dia, masuk sorang staff baru. Percaya tak, dia boleh terjatuh hati kat mamat tu? 1st day mamat tu masuk keje, balik kawan aii ni p cari baju tido...sengal tak?







OUT OF BOX

Eeehhh....pelik la tajuk u hari ni? apa yg u nak cite sebenarnya....

Ok...cite ni mmg agak diluar kotak pemikiran kita....cite ni agak panjang...mungkin memakan beberapa post.

Kalau aii tulis kat sini, mesti ada juga yg tak percaya bahawa cite2 kat dlm drama tu mmg betul2 wujud. Ye la..kalau tak wujud, mcmana la penulis cerita boleh terpikir sampai tahap tu sekali kan....

Mai sini aii nak cite...bukan dibuat2 tapi realiti yg berlaku di sekeliling aii....cerita ni terjadi pada teman baik aii sendiri. Cerita ini aii terpaksa olah sikit utk menutupi karektor si pelaku...

Sambung kat post seterusnya...


KESAN WSR (WOMEN SECRET RECIPE)

oK....Dulu aii pernah cite kat sini pasal WSR kan? Nak tau apa kesannnya pada aii setelah mkn 7 bulan (selang seli time makannya...kadang2 mkn..kdg2 tak makan...tapi yg pastinya banyak hari tak makan...hohhooh...)

Dulu aii mkn WSR, sbb aii nak kasi mantap (sbb aii sedar, sebagai seorg wanita yg sudah punya suami dan menguruskan anak dara yg agak lincah ni..) hormon tang tu jadi menurun. Infact aii rasa mana2 wanita pun akan mengalami apa yg rasa...betul tak?

So..aii buat perubahan drastik dalam hidup aii...(setelah mengambil kira, BFF aii masih nak bersama aii...belom sanggup nak tinggalkan aii selama 9 bulan 10 hari)

aii pejamkan mata keluarkan RM utk beli WSR dan ......PB......serius aii tutup mata masa tu, walaupun tido mlm terpikirkan ni je $$$$$$$$$......ehhhh...ada ke dulu aii cite pasal aii beli PB...hhooohohohoho lagiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk....

WSR...

 WSR mengajar aii utk beristiqamah. Setiap apa yg kita buat, kita perlu berdoa. Minta padaNya. Minta la apa saje, Insya-Allah dia akan tunaikan. Lambat atau cepat itu semua urusan Dia. Kerja kita...MINTAK

Perubahan perTAMA:
aii buat keputusan beli rumah - CINTA. Itulah 1 keputusan yg sangat drastik aii buat. Mesti korang tak caya kalau aii cakap itu adalah kesan dari WSR? aii pun tak caya, tapi aii yakin dgn doa yg aii pohon padaNya. aii redha.

Perubahan keDUA:
aii jadi aktif. aii tidak lagi pasif. aii suka mcm tu. Permainan tidak lagi hambar...

Perubahan keTIGA:
sangat mudah ke toilet. aii ni sebenarnya tidak la mengalami masalah pun ke toilet. cuma masa dlm pantang je la. Kalau seblm ni mungkin sekali je ke toilet, tp lepas WSR, kdg2 3x..kira orait la tu kan?

Perubahan keEMPAT:
En Lan kdg2 tidak tegar melepaskan aii pergi POCO2 sorang2....oppssss jgn salah sangka dgn perkataan POCO2 tu ye...
Official namanya adalah SENAMTARI...tapi pada aii lebih mudah aii sebut POCO2...sbb org tau POCO2 tu  adalah aktiviti bersenam..daripada aii guna SENAMTARI...then muka org dok kerut2....so...tak perlu la nak ceramah aii yg POCO2 tu ala2 budaya Kristian...aii bersenam sebab aii nak badan aii sihat. Dulu sblm kawen, aii pergi keje mak aii hntr, tapi balik, aii balik jln kaki...agak jauh juga tau dari pekan Kajang ke rumah aii tu...tapi aii suka. Walaupun mak aii offer bawak kete dia, tapi aii tak mo, sbb aii nak exercise...
Bila dah kawen, dan punya anak, n badan pun dah lari shape...ini je la caranya...

Hemh....apa lagii ekkk perubahan2nya.....Ada yg berminat? aii tak jual, aii bukan dealer, aii bukan member...tapi kalian perlu tahu WSR ni ada pantang larang...cara delivernya adalah BY HAND...org LELAKI tak leh tgk benda ni hatta baby lelaki.

Kalau ada yg teragak nak try, boleh la aii bagi konsultasi ye... :D






KEMBALI MENAIP...

Setelah beberapa bulan meninggalkan dunia penulisan, hari ni aii cuba utk kembali menaip. Mampukah aii? Compius jap...nak guna 'saya', 'aku', 'aii...'.....

Sedapnya adalah 'aku'...itu lebih dekat dihati...idok le terasa janggal sangat...kan?

Okkk.....kita tgk la nanti berapa lama plak comeback ni akan berlaku...hahhahaha...takut2 nanti hangat2 tahi ayam lagi....

Banyak benda yg nak dicoretkan kat sini...sepanjang hampir 7 bulan tak menaip...hohohoh....








Saturday 3 March 2012

JIWA KACAU - Bah 6

Ku punya hati yg tak mampu ku luahkan, ku punya kata yg 


tak mungkin ku bahaskan, ku punya mata yg tak sanggup 


utk ku teruskan pandangan ini





JIWA KACAU - Bah 5

Bila kita merasakan diri kita hebat, sebenarnya ada yg lagi 


hebat dari kita.


Bila kita merasakan diri kita malang, sebenarnya ada yg lebih 


malang dari kita.


Hakikatnya, manusia mmg tidak pernah puas dgn apa yg 


mereka miliki, selalu mengharapkan apa yg menjadi milik org 


akan menjadi miliknya juga....


Kadang2 kita merasakan org itu bahagia kerana memiliki 


segala yg kita idam2kan, tap realitinya, apa yg kita lalui 


hanya kita dan tuhan sahaja yg tahu samaada manis atau 


perit...





JIWA KACAU - Bah 4



Mana mungkin pipit terbang sama tinggi dgn enggang, 


mana mungkin batu bertukar menjadi permata, 


mana mungkin...





JIWA KACAU - Bah 3

ku cuba utk menggapai bintang di langit


sedang ku tahu ianya bukan utk ku


ku cuba utk meraih redhaNya


sedang aku alpa


ku cuba utk menjadi seperti dia

dalam diam aku membohongi diriku

kemana hilangnya harga diriku

hanya kerna dia

aku lupa jalan yg sedang ku lalui

aku jadi leka dek kerna angan2 kosongku itu

perlukah sejarah itu berulang utk kali ke dua

dia hanya menjadikan aku sebagai paksinya sahaja

dia sudah punya impiannya



dia sudah punya segalanya

aku hanya boneka dimatanya

tapi aku masih dibuai angan2 kosong

yg sengaja diciptakan agar nampak indah dimataku

mana mungkin pipit terbang sama tinggi dgn enggang

mana mungkin kaca berubah menjadi permata

ya..yang pastinya semuanya bersifat sementara







JIWA KACAU - Bah 2

Aku ditemani deruan ombak




Yang melagukan lagu pilu




Dikesuraman sang langit




Bagai mengerti gelora di jiwa






JIWA KACAU - Bah 1

Di pesisir pantai ini


Ku alunkan lagu rindu


Pada seluas lautan ini


Ku titipkan pesan


Pada mentari


Ku khabarkan salam kasih



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...