Monday 30 May 2011

KEBIZIAN

Salam Semua,

Dah banyak hari juga saya tak update blog saya ni. Tahap kebizian saya 5-6 hari lepas sangat2 melampau. Merewang, ke Putrajaya, kenduri kahwin, Alimkids, shopping....ngeh2...

Smlm saya ke Sogo...sempat singgah ke 'nursing room' yg baru..nanti saya cerita lebih di tajuk yg baru ye....



Tuesday 24 May 2011

MBfPC DI Hari Belia 2011 Putrajaya



Bersempena dengan sambutan Hari Belia 2011, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan mengadakan booth pameran penyusuan susu ibu serta sessi khidmat bimbingan percuma daripada Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) / Peer Counselor (PC). Dijemput semua yang ingin mendapatkan maklumat penyusuan dengan lebih lanjut atau ingin menyertai komuniti MBfPC sebagai sukarelawan PIM / PC, boleh la datang ke booth MBfPC pada hari tersebut. Maklumat mengenai booth MBfPC di Hari Belia 2011 adalah seperti berikut :

TARIKH : 27 - 29 Mei 2011
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PRESINT 3, PUTRAJAYA
WAKTU : 9am - 6pm

Jom para PC untuk bersama2 memberi khidmat bimbingan dalam penyusuan disana. PC yang ingin bertugas diharap dapat memberikan nama kepada nurain@susuibu.com untuk pembahagian jadual syif.

Jumpa disana ye :D

~ tq Hayatie Hashim

Monday 23 May 2011

Birthday En Lan

Sabtu lepas, birthday En Lan. Lepas Alimkids, kami ke MV. Untuk makan tengahari dan tgk Nur Kasih The Movie...kerah juga En Lan pergi walaupun minggu lepas kami baru je tgk Kongsi.

Memandangkan nak sambut birthday En Lan, saya ingat nak cari la kedai yg special sikit. Bila tanya dia, dia pun tak tahu nak makan. Jalan2 di MV sehingga la kami jumpa kedai Tony Roma's. Sangat menarikkan bila dilihat dari luar. Ala2 org berduit je boleh masuk.hihihihihi.


sangat menarikkan harganya :D (kalau tahu gini la harganya, mmg kami tak masuk)


ini yg birthday man pesan - 1/2 chicken


ini yg saya pesan, tak ingat dah namanya - mkn 2 ketul je dah kenyang

ini pula utk Nasreen. tapi tak makan pun, hanya makan fries tu je.

Bila minta bil, saya pengsan sekejap..huhuhuh..tak pe la..sekurang2nya saya dah berada di dalam kedai tu. Insya-allah, ini la pertama dan terakhir saya masuk ke kedai tu - tu kata2 saya pada En Lan la...(ayat penyedap hati...)

En Lan cakap, kalau makan kat Red Wok - kenyang pun kenyang dan tak la sebanyak itu billnya....tak pe la Sayang..sekali sekala i belanja u..bukan selalu pun :D


ini la Birthday Man nya....




Friday 20 May 2011

PIRAMID MAKANAN - PART 02

Mari kita terjah http://www.infosihat.gov.my/penyakit/pemakanan/PIRAMIDMAKANAN.php utk panduan kita semua.

Bagi saya, saya lebih tertarik utk yg ini http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Pemakanankanak.php

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.
Apa yg kita perolehi bila baca ini? Perlu ke diberikan anak2 kita susu semata2? Bagaimana kita nak corakkan anak kita tu? Adakah menjadi seorg yg cerewet atau tidak?

Adakah susu itu sudah cukup utk meliputi keseluruhan piramid makanan tersebut? Betul kita mungkin tak dapat bagi ikut kuantiti yg disyorkan tapi sekurang2nya kita mengajar anak kita tentang sesuatu makanan tersebut. Kita mengajar dia utk belajar menggunakan tangan utk mencapai makanan tersebut, guna geraham utk menghancurkan sesuatu makanan. Kita mengajar dia utk mengenali pelbagai rasa; masam, pahit, manis.

Saya pernah disapa oleh seorang Dr yg mengatakan saya tidak memberikan anak saya zat yg sepatutnya dia terima (dia maksudkan bila saya tidak memberikan susu formula, bermakna anak saya tidak dapat zat, lagi pulak keadaan Nasreen pada masa tu yg selalu demam). Bagaimana seorg Dr yg arif (pada saya Dr ni berilmu  bab2 ni dari saya), tp dia seperti tidak apply apa yg dia belajar, dan apa yg jadi pada anak2 sekarang ni.

Kadang2 saya terfikir, bagaimana ye zaman2 saya kecik2 dulu..bagaiman ibu bapa zaman dulu boleh mendidik anak dgn baik. Tidak satu pun dari adik beradik saya yg cerewet dalam pemakanan. Semuanya kami makan. Kenapa kita tak boleh apply dizaman sekarang? (masih diambil kira tentang keburukan satu2 makanan itu ye :D )

Saya tidak mengatakan Nasreen adalah contoh anak yg tidak cerewet. Dia cerewet juga kadangkala, tapi saya bangga dengan perkembangan dia.

Ikut apa kata hati ibu2..jgn ikut apa yg org cakap :D








Thursday 19 May 2011

PIRAMID MAKANAN - PART 01





Sumber : http://tayibah.com/eIslam/piramid.htm



TERSEDAK SUSU

Bila saya baca akhbar Harian Metro pagi ni, hati ini seperti luluh je rasanya bila membaca tajuk ini "Hayat Hanya 14 hari".

Cerita tentang seorang bayi yg berusia 14 hari telah diberikan susu formula dan air masak. Sangat2 luluh hati saya bila baca cerita tu.....

http://www.hmetro.com.my/articles/Hayathanya14hari/Article





SGM 5-THE ABC's OF BREASTFEEDING. ADVANTAGES OF BREASTFEEDING FROM A - Z

SEMBANG2 ILMU PENYUSUAN IBU - SGM 5/2011 (22/5/2011-Ahad) - Taman Tasik Cempaka, Bdr Baru Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Teman SI...

Support Group Meeting (SGM) kali KELIMA 2011 - SGM 5/2011, Susuibu.com akan diadakan pada:

Tarikh: 22 Mei 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi-10.00 pagi
Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Topik: The ABCs of Breastfeeding, Advantages of Breastfeeding from A to Z
Menu: Pot luck
Tema: Colour COKLAT/BROWN

Sesi perbincangan secara perkongsian ini akan membincangkan topik diatas secara berkumpulan secara santai dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang moderator kumpulan. Perjumpaan ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya, boleh bawa anak, bapak, bibik, etc.

Dijemput semua warga SI.com baik yang lama mahupun yang baru untuk sama-sama datang untuk berkongsi ilmu & pengalaman dlm penyusuan dan memeriahkannya.

Pada yang hadir, diharap dapat membawa sebarang juadah seikhlas hati (tiada paksaan) untuk sesi pot luck selepas itu.

Yang berminat untuk hadir, bolehlah update kedatangan & menu pot-luck yang akan dibawa di thread ini.

Bersama-sama kita menimba ilmu penyusuan dan memperkembangkan penyusuan susu ibu di Malaysia....




Sunday 15 May 2011

ROTI TESCO

Lewat malam tadi saya terima sms dari abg saya. Isi sms nya, "Hentikan beli roti yg dibuat di Tesco. Pakcik Epit baru je selesai samak di Tesco Cheras dan Semenyih."

Terkedu saya bila terima sms ni. Di mana lagi nak cari makanan halal kalau semuanya di samak? Keadaannya menunjukkan seperti kita semua ni kena balik kepada alami. Masak di rumah, makan di rumah, semuanya di rumah...jimat pun jimat kan...tapi saya tak pandai buat roti...huhuhuhuhu. Tapi tu la naluri manusia, kadang2 nak juga try makanan2 di luar.

Bila fikir2 tntg makanan yg diragui status halal ni, buat saya jadi takut. Menjadi darah daging 1 hal. Kesan pada anak pun 1 hal. Jadi, kesimpulannya, mari la kita timbang2 kan semula tentang keadaan dunia sekarang ni. Tentang org Islam yg saban hari di tindas.









Saturday 14 May 2011

Shopping Raya 2011

Menarik tajuk kali ini. Hemh...dah ganti ke pose tahun lepas? peghhh...saya belom lagi.

Takde niat pun nak shopping raya utk Nasreen disaat2 kering ni. Hajat dihati nak cari gown utk pakai kenduri 28hb ni..Sekali tu bila dah terjebak dkt Sogo...apa lagi....lagi plak terjebak dgn kakakku (yg sama2 sengal shopping) dan tambahan ahli baru - yg juga sengal bila ajak shopping....plannya nak 1 gown, sudahnya ada 10 gown yg saya bawak balik.....(kesat peluh sat naaa...)


                                    Ini sebelum dipilih

          tambah pampers lagi....oppssss....saya bukan pengguna CD ye

Setelah balik...ini la hasilnya...kononnya nak pilih2 dulu...sudahnya semua saya angkut...sepanjang jalan balik, saya ingatkan ini adalah baju raya Nasreen...insya-allah tak shopping dah lepas ni...tapi boleh caya ke? SOGO Members Day tetap akan tiba dan pastinya saya tetap akan melangkah sekali lagi ke SOGO.....pening sat tgk bil2nya..tapi En Lan dah janji nak bayar separuh...hooorrraaayyyyyyyyy........tq2 En Lan....

Ini hasil setelah pulang ke rumah...semuanya pink.....habis la anak dara ku di sogokkan dgn kaler pink...





Harap maklum, saya bukan la kaki shopping sangat pun sebenarnya..tapi bila saya rasakan baju tu dijual dgn harga yg berpatutan (berpatutan dgn gaji saya yg sikit ni), saya akan ambil walaupun 4-5-6 helai...Mak saya bising kat saya, kata saya membazir, bukan tiap2 bulan pun saya beli baju anak...hihihih...

Jadi pada sesiapa yg nak start shopping raya, ikut kata staff SOGO smlm, Members Day tahun ni mungkin diawalkan. Di jadualkan pada 29&30 Mei ini...apa2 pun, tunggu pengumuman dari SOGO ye.



Sangap

Kelmarin saya sangat2 sangap bila blog tak boleh masuk. Punya la berduyun2 idea datang utk berceloteh, tapi bila buka blog....blog under maintenance plak...

knp tak update hari ni? :D .....idea mengarang hilang daaaa...... esp idea2 tentang penyusuan susu ibu...idea nya bukan dtg sentiasa...hihihi...ok2 takpe2..kita update cite lain dulu ye..nanti agak2 dah datang balik..saya cuba utk menaip lagi.....



KAITAN AIR ZAM ZAM DAN PENYUSUAN SUSU IBU.

Ini sebenarnya yg saya ingin ceritakan. Panjang lebar mukadimah saya, Air Zam Zam part 1 dan part 2 :D

Ada yang bertanya pada saya, boleh ke diberikan air zam zam pada bayi yg kurang 6 bulan? Bagaimana dgn air masak? Bagaimana dgn ekslusif 6 bulan tu pula?

Ooohhh..harap maaf ye jika Part 2 tu anda kurang nk jelas sbb bahasanya adalah Bahasa Indonesia. Saya copy paste dari susuibu.com (ada sorang ibu ni letakkan disana).

Saya nak cerita pasal air dahulu. Kenapa bayi yg kurang 6 bulan, tidak boleh minum air?

Bayi yg baru lahir sehingga umurnya 6 bulan, hanya memerlukan susu ibunya sahaja. Kolostrum bertindak utk coating usus bayi tersebut. Dan bila bayi menerima selain dari susu ibu tadi, ianya telah membuka ruang coating tersebut. Sama seperti bila kita cat rumah, kita letakkan dgn warna putih dahulu, baru diwarnakan dgn warna lain. Knp? Utk menguatkan warna tersebut. Sama juga seperti usus bayi ini. 

Ayat ini saya olah semula dari kata2 fasi masa saya ikuti Kursus Penyusuan Susu Ibu - 20 jam di HKL Feb lepas.

Bagaimana pula dgn air zam-zam. Ini jawapan dari fasi tersebut.

kita memberikan bayi tersebut air dari syurga. air yg kaya dgn kalsium, magnesium dan fluorida . kita berikan pada bayi mungkin 1 sudu teh sahaja. 


Apa Kesan Air Masak Pada Bayi Kurang 6 bulan?

Mari kita lihat apa Siti Sifir kata; http://sitisifir10.blogspot.com/2011/03/kesan-beri-air-masak-kepada-bayi.html
  • Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik
  • Ingat, air kosong tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anak. Kalau perut anak diisi dengan air kosong semata2 kat mana pulak nak letakkan  susu ibu yang khasiatnya tiada tara?
  • Air sekarang belum tentu bersih dari pencemaran. Kalaupun kita tapis guna penapis paling mahal atau yang dikatakan terbaik pun belum tentu bekas yang kita gunakan untuk bagi anak minum air kosong tu bersih. 
  • Air yang kotor akan menyebabkan bayi cirit birit. 
  • Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dalam tubuh bayi. Bayangkan baby tanpa perlindungan, ntah apa2 macam penyakit lagi boleh terkena pada bayi. 
  • Bagi bayi yang jaundis, air kosong yang banyak akan menyebabkan terencat akal dan bagi bayi berusia lima minggu ke bawah, air yang terlalu banyak akan menyebabkan kandungan garam dalam darah cair seterusnya mengakibatkan suhu badan rendah, kembung dan sawan tarik.
Jadi, apa saje keputusan si ibu, kita kena hormat. Jika mereka merasakan perlu utk mereka lakukan, kita perlu menyokong mereka dan perlu juga memberitahu mereka tentang keburukan air masak pada bayi yg usianya kurang dari 6 bulan.

Amin.




Wednesday 11 May 2011

AIR ZAM ZAM - PART 2

Air Zam Zam Penghulu Segala Air

Keajaiban Air Zam-Zam

Tak tak banyak yang tahu bagaimana caranya sumur zam-zam bisa mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. Seorang peneliti pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki sumur zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seporang doktor dari Mesir.

Di Mekah kita tak perlu khawatir dengan air minum. Di setiap sudut masjidil Haram kita bisa menemukan air zam zam, lengkap dengan cangkir sekali pakainya. Tinggal pijit, langsung bisa diminum, dan gratis lagi. Di area Masjidilharam, di tempat tawaf, tempat sa’i, di halaman masjid selalu tersedia air yang berkhasiat ini. Ketika pulang dari Masjidilharam, banyak jamaah mengisi dulu botol airnya dengan zamzam lalu ditenteng ke pemondokan. Lumayan, menghemat uang Real, tak perlu belanja air mineral atau memasak air di dapur.

Berapa Juta Liter air zamzam?

Berapa banyak air zam-zam yang di “kuras” setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jamaah haji yang berdatangan dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah sekitar dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang nanti ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu saja sudah 10 juta liter. Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jamaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter !!. Ini hanya gambaran saja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikonsumsi manusia, tanpa pernah kering!

Itulah salah satu keanehannya. Puluhan juta liter air bisa keluar dari sumur di Mekah ini yang letaknya di tengah padang pasir yang kering. Daerah gurun yang hujannya saja cuma 2 kali setahun. Dan air itu keluar dari sumur air yang hanya seukuran sekitar 5 x 4 meter sedalam 40an meter, bukan dari bendungan seukuran Waduk Ombo misalnya. Allahu akbar.

Keanehan air Zamzam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahwa air Zamzam itu tidak sehat untuk diminum. Asumsinya didasarkan bahwa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari sumur Zamzam. Masya Allah.
Tentu saja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Beliau lalu memerintahkan Mentri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk ditest.

Tariq Hussain, insinyur kimia yang bekerja di Instalasi Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Kota Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada saat memulai tugasnya, Tariq belum punya gambaran, bagaimana sumur Zamzam bisa menyimpan air yang begitu banyak seperti tak ada batasnya.

Hanya Sumur kecil

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat tercengang ketika menyaksikan bahwa ukuran “kolam” sumur itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tak terbayang, bagaimana caranya sumur sekecil ini bisa mengeluarkan jutaan galon air setiap musim hajinya. Dan itu berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Tariq mulai mengukur kedalaman air sumur. Dia minta asistennya masuk ke dalam air. Ternyata air sumur itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh asistennya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran pipa di dalamnya. Setelah berpindah dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.

Dia berpikir, mungkin saja air sumur ini disuppli dari luar melalui saluran pompa berkekuatan besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia bisa melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan inipun tak terbukti. Tak ditemukan gerakan air yang mencurigakan, juga tak ditemukan ada alat yang bisa mendatangkan air dalam jumlah besar.

Selanjutnya Dia minta asistennya masuk lagi ke dalam sumur. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, asistennya tiba-tiba mengacungkan kedua tanganya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temukan dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar sumur”.

Lalu asistennya diminta berputar mengelilingi sumur ketika tiba saat pemompaan air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlangsung. Dia merasakan bahwa air yang keluar dari dasar sumur sama besarnya seperti sebelum periode pemompaan. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua area. Ini menyebabkan permukaan sumur itu relatif stabil, tak ada guncangan yang besar
Seusai pengamatan itu, Tariq mengirimkan sampel air ke beberapa laboratorium di Eropah dan sebagian ke laboratorium di Saudi. Dan sebelum meninggalkan Ka’bah, dia berpesan kepada petugas di Mekah untuk menyelidiki keadaan sumur lainnya di sekitar Ka’bah.

Sesampainya di kantornya di Jedah, dia mendapat laporan bahwa sumur-sumur lain di sekitar Mekah dalam keadaan kering. Jadi hanya sumur Zamzam yang penuh air. Allahu Akbar. Jika Allah menghendaki, apapun bisa terjadi.

Mengandung zat Anti Kuman

Hasil penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahwa Zamzam mengandung zat fluorida yang punya daya efektif membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandung obat. Lalu perbedaan air Zamzam dibandingkan dengan air sumur lain di kota Mekah dan Arab sekitarnya adalah dalam hal kuantitas kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat efek menyegarkan bagi jamaah yang kelelahan. Tambahan lagi, hasil laboratorium Eropah menunjukkan bahwa zamzam layak untuk diminum, sehat untuk diminum. Ini otomatis menjawab prasangka buruk doktor di awal tulisan tadi.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya sumur ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun. Tak pernah ada yang complain. Dan Air zamzam ini tak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti layaknya air PAM kita. Murni air sehat.

Satu kehebatan lagi, sumur air zamzam tak pernah ditumbuhi lumut, padahal di seluruh dunia sumur itu selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme.

Bisa Mengobati Penyakit

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka’bah tanpa makan-minum, selain Zamzam. “Siapa yang telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau lemah karena lapar, dan tak menjadi kurus”. Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Itu sebabnya saat ini banyak jamaah yang membawa air zamzam untuk diberikan kepada famili dan kerabatnya di Tanah air.

Yusria Abdel-Rahman Haraz dari negeri Arab, mengatakan bahwa ia terserang penyakit “bisul” di matanya. Sakitnya bukan main, tak bisa disembuhkan dengan obat. Dia hampir mendekati buta. Seorang dokter terkenal menasehati dia untuk diinjeksi dengan obat khusus, yang mungkin bisa menyembuhkan sakitnya. Tapi ternyata ada efek sampingannnya yang bisa membuat dia buta selamanya.

Yusria sangat yakin akan kemurahan Allah. Dia lalu pergi melaksanakan umrah dan memohon kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Di Baitullah dia melakukan tawaf, yang saat itu tak terlalu padat dengan manusia. Dia lalu bisa tinggal lebih lama di lokasi air zamzam. Dia manfaatkan untuk terus membasuh kedua matanya yang sakit. Ketika dia kembali ke hotel, ane
h, kedua matanya yang sakit menjadi sembuh, dan bisulnya berangsur hilang.

Kejadian ini membuktikan ucapan Rasulullah saw di atas:” Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Wallohu a’lam.












AIR ZAM ZAM - PART 1

Assalamualaikum,

Mari kita jelajahi tentang air zam zam. Dikatakan air zam zam ini adalah air dari syurga. Jom kita baca apa yg Wikipedia kata mengenai air zam zam

Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.
Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.


Sejarah Air Zam Zam
Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.






Tuesday 10 May 2011

Bagaimana Untuk Mencari Pembimbing Ibu Menyusu.

Assalamualaikum.

Oh betapa sukarnya utk saya menterjemahkan tajuk ini. Tajuk asalnya adalah dalam Bahasa Inggeris - "HOW TO CHOOSE A GOOD AND HELPFUL BREASTFEEDING SUPPORT PERSON". Saya sedang membaca di laman Dr Jack, dan saya rasa tak salah kan jika saya terjemahkan disini dan perkenalkan kumpulan2 yg ada di Malaysia ini.

Apa itu Lactation Consultant? Atau kata lain - Pakar Laktasi. Mereka adalah individu yg berlatarbelakangkan kesihatan atau individu yg telah menjalani beberapa proses utk melayakkan memegang nama 'IBCLC'.

Menurut kata Dr Jack;
1. Bila kita mendapatkan khidmat nasihat dari Pakar Laktasi, kita tak perlu fikir yg mereka ingin menjual produk mereka. Fungsi mereka adalah untuk membantu ibu2 yg menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu dan bantuan itu tidak memerlukan sebarang produk. Perlu diingatkan bila kita bertemu dgn Pakar Laktasi, kita mmg akan dikenakan bayaran utk khidmat mereka. Namanya pun pakar kan, samalah jika kita mendapatkan sebarang perkhidmatan dari mana2 pakar yg lain. Jadi jgn terkejut ya.

2. Apa sekali pun masalah kita dalam penyusuan susu ibu, Pakar Laktasi tidak boleh mengatakan yg ibu2 tidak boleh menyusu. Kadang2 bila kita jumpa Dr atau Pakar Laktasi, mereka mengatakan mcm2 dan akhirnya mereka minta kita menghentikan penyusuan tersebut. JANGAN PERCAYAKAN MEREKA. Cuba dapatkan nasihat dari Pakar Laktasi yg lain. Di Malaysia ini, ramai Pakar Laktasi, bukan hanya di hospital sahaja. Selagi kita memiliki payudara dan puting - kita MEMANG BOLEH menyusukan si comel kita.

3. LC mahupun kumpulan sokongan atau Pembimbing Ibu Menyusu (PC) TIDAK BOLEH membawa sebarang susu formula @ atrificial breastmilk bila berjumpa dgn ibu2 yg menghadapi masalah penyusuan. Mereka tidak boleh menamakan sebarang jenama susu kepada ibu2.

4. Penggunaan nipple shield dan botol. Kebiasaannya bayi akan menghadapi masalah pada 3 hari pertama kelahiran. Dan ibu2 selalu merasakan nipple shield adalah penyelamatnya. Pada saya, besarnya nipple shield itu tetap tidak sama dgn keadaan asal puting kita. Penggunaan nipple shield adalah tidak digalakkan atas sebab kebersihan. Jadi teruskan penyusuan pada 3 hari pertama dan insya-allah bila susu matang sudah keluar, pasti bayi anda tidak akan menghadapi masalah utk menghisap.

Dimana kita boleh mendapatkan bantuan?

1. Di hospital2 rakan bayi ; Hospital Serdang, HKL, Selayang, Kelang (Lembah Klang)
2. Hospital swasta yg telah mendapat status Rakan Bayi seperti KPJ Ampang Puteri, KPJ Kajang.
3. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor - http://malaysianbfpc.org/images/MBfPC-Contact.pdf
4. Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM) - http://www.susuanibu-pk.gov.my/
5. susuibu.com - http://susuibu.com/modules/news/

Selamat Menyusukan Bayi Anda :D




Sunday 8 May 2011

HARI IBU

Assalamualaikum

Saya baru je menjengah facebook saya dan mata saya tertangkap tajuk ini pada wall seorg ibu - 'HARI IBU ADALAH "HARAM" . Masya-allah..

Saya sertakan disini utk tatapan anda semua. (Tq Puan Syeema);

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/



Thursday 5 May 2011

DEMI KESELAMATAN

Assalamualaikum

Dah seminggu saya tidak menulis disini. Adakah saya terlalu bz sehingga melupakan tmpt ini? ohh..tidakkk...cuti 3hari dihabiskan bersama-sama dgn En Lan dan Nasreen.. Bila naik kerja, dah sibuk dgn beberapa urusan penting...

Ok..saya bukan nak ceritakan tentang kekalutan saya 2-3 hari ni, tapi saya nak beritahu bahawa saya tidak akan melayan sebarang panggilan dari mana2 suami yang saya rasa mcm ala2 je. Walaupun tuan mengatakan tuan telah mendapat no saya di Susuibu.com. Jika benar isteri tuan perlukan bantuan saya, mohon isteri tuan utk bercakap dgn saya. Saya takut sebenarnya jika panggilan itu panggilan palsu. Sebab sejak 2 menjak ni, saya selalu diganggu (di talian rumah saya), kadang2 pukul 2-3 pagi org tu telefon.

Jika panggilan itu benar, insya-allah saya akan membantu apa termampu oleh saya






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...