Wednesday 13 February 2013

CNY 2013

Cuti CNY kali ini memang sangat-sangat happening....hhahahhhahahaha....aku boleh tonggang terbalik kat rumah ikut suka hati aku. Bila rasa nak masak - aku masak. Bila rasa penat, boleh baring. Bila rasa malas nak mandi - boleh minta En Lan mandikan...ooopssssssss :)

Cuti 4 hari 3 mlm - hanya 1 mlm je kali melepak sampai tengah malam kat Dataran Merdeka. Lagi 2 malam, mak yong tak larat. Itu pun, idea nak ke dataran tu pun datang spontan je


Ibu duduk je kat tepi padang. Tak larat nak berkejar-kejaran dgn anak dara.

Ayah la tukang melayan karenah si anak dara.








KEMALANGAN BERTIMPA-TIMPA

Mengambil masa seminggu utk ku update tentang hal ini....huwwwaaaaaa - nangis dulu ye.

Selasa lepas, kete kesayangan En Lan kena langgar lari. Aku dah parking elok2 kat depan opis dan tetiba ada sebuah kereta - Naza RIA hitam mengundur lalu menghentam keretaku dan kemudian lari seperti itu je. Wahhhhh....manyak cantik ooo ini org! Dan masa kejadian, deria ke6 ku sangat2 berfungsi. Dari dalam opis, aku boleh terjenguk. Cepat2 lari keluar tapi kereta tu dah jalan dengan selambanya. Ada beberapa saksi la masa kejadian tu, rupa-rupanya pemandu tu baru keluar dari klinik yg berhampiran. Aku pergi dapatkan no telefonnya dan menelefonnya. Tau apa alasan dia? "Sorry ye, sensor kereta saya rosak!" - Halllooooo, kalau tau sensor kete rosak dan tau yg awak tu dan melanggar kereta org, berenti la. Ini tidak, boleh blah mcm tu je. Nampak sangat tak bertanggungjawabnya! So, aku cakap kat dia, "kita jumpa kat balai"...sangat-sangat marah aku dgn kejadian tu. Tengahari tu, aku turut ke TOYOTA Service Centre, Alhamdulillah tidak ada yg masalah yang major. Petang tu, aku pergi buat report polis. Kalau dilihat dari kecedaraan kereta tu, tak berapa nak nampak sangat tapi sebab sakit hati dan nak beri pengajaran pada pemandu tersebut. Okkkk...pemandu tu dah kena saman. Selesai 1 bab !

Bab ke 2 plak -------- En Lan accident! Ini yang paling buat aku tak senang duduk. Rabu sehari selepas kereta Altis kena, TATA plak kena. Sejak mak takde kat rumah ni, En Lan tak pernah balik lambat tapi hari tu, awal2 dia dah minta maaf yg dia tak dapat balik awal hari tu. Aku orait je. Sempat la aku nak masak sementara dia tak sampai lagi. So, selesai masak, bagi Aceen makan, aku mandi, solat. Selesai solat, tetiba dengar bunyi dentuman depan rumah. Terus hati terlintas - itu adalah En Lan. Aku cuba intai dari tingkap tapi tak nampak. Terus call dia, bila dia angkat, ayat yg keluar dari mulut dia - "Ibu, ayah accident ni" (dengan suara yg sangat cool - ohhhh suamiku mmg selalu coollll) Terus rasa jantung ni seperti nak jatuh. Masa tu tak ingat apa dah. Aku call sepupuku, minta tolong dia temankan Aceen. Nasib baik Aceen tak banyak karenah.

Berjam-jam juga aku nak hilangkan degupan jantung yg sangat laju ni. Lihat la apa terjadi pada TATA. Walauapapun, aku bersyukur pada Allah sebab kami suami isteri selamat. Pagi esoknya, tak-tak pernah mak aku call (since dia keluar negara, dia komplain tak dapat call ke Malaysia), tanya khabar aku. Seperti dia boleh hidu yg aku sedang dalam kesusahan....huhuhuh











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...