Ada yang bertanya pada saya, boleh ke diberikan air zam zam pada bayi yg kurang 6 bulan? Bagaimana dgn air masak? Bagaimana dgn ekslusif 6 bulan tu pula?
Ooohhh..harap maaf ye jika Part 2 tu anda kurang nk jelas sbb bahasanya adalah Bahasa Indonesia. Saya copy paste dari susuibu.com (ada sorang ibu ni letakkan disana).
Saya nak cerita pasal air dahulu. Kenapa bayi yg kurang 6 bulan, tidak boleh minum air?
Bayi yg baru lahir sehingga umurnya 6 bulan, hanya memerlukan susu ibunya sahaja. Kolostrum bertindak utk coating usus bayi tersebut. Dan bila bayi menerima selain dari susu ibu tadi, ianya telah membuka ruang coating tersebut. Sama seperti bila kita cat rumah, kita letakkan dgn warna putih dahulu, baru diwarnakan dgn warna lain. Knp? Utk menguatkan warna tersebut. Sama juga seperti usus bayi ini.
Ayat ini saya olah semula dari kata2 fasi masa saya ikuti Kursus Penyusuan Susu Ibu - 20 jam di HKL Feb lepas.
Bagaimana pula dgn air zam-zam. Ini jawapan dari fasi tersebut.
kita memberikan bayi tersebut air dari syurga. air yg kaya dgn kalsium, magnesium dan fluorida . kita berikan pada bayi mungkin 1 sudu teh sahaja.
Apa Kesan Air Masak Pada Bayi Kurang 6 bulan?
Mari kita lihat apa Siti Sifir kata; http://sitisifir10.blogspot.com/2011/03/kesan-beri-air-masak-kepada-bayi.html
- Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik
- Ingat, air kosong tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anak. Kalau perut anak diisi dengan air kosong semata2 kat mana pulak nak letakkan susu ibu yang khasiatnya tiada tara?
- Air sekarang belum tentu bersih dari pencemaran. Kalaupun kita tapis guna penapis paling mahal atau yang dikatakan terbaik pun belum tentu bekas yang kita gunakan untuk bagi anak minum air kosong tu bersih.
- Air yang kotor akan menyebabkan bayi cirit birit.
- Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dalam tubuh bayi. Bayangkan baby tanpa perlindungan, ntah apa2 macam penyakit lagi boleh terkena pada bayi.
- Bagi bayi yang jaundis, air kosong yang banyak akan menyebabkan terencat akal dan bagi bayi berusia lima minggu ke bawah, air yang terlalu banyak akan menyebabkan kandungan garam dalam darah cair seterusnya mengakibatkan suhu badan rendah, kembung dan sawan tarik.
Amin.
No comments:
Post a Comment