Monday, 6 June 2011

MAWAR NAFASTARI

Lewat malam kelmarin, saya telah menjengah 1 blog milik seorang isteri yg kematian suaminya. Saya tidak mengenali beliau, tapi bila saya amati gambarnya bersama2 arwah, seperti dekat je dihati saya. Hingga kini, saya masih terfikir2, dimana saya mengenali mereka. Subhanallah, sungguh la kita ini bersaudara, dari keturunan Adam dan Hawa.

Kalau nak dikirakan, masih ramai lagi diluar sana yang mengalami nasib seperti Mawar. Tak tahu kenapa diri ini terpanggil untuk membaca setiap cerita2 nya walaupun jam di dinding telah menunjukkan ke angka 2. 2 pagi. Saya perlu bangun awal pagi nanti.

Mawar adalah seorang isteri, seorang balu yg sangat tabah. Saya tidak dapat gambarkan jika saya berada di tempatnya, adakah mampu saya menjadi setabah dia. Melihatkan si suami di hempap kuda, melihat sendiri suami nazak dan akhirnya menemui sang Pencipta. Dibekalkan dgn 2 org anak yg comel, Embun dan Kekwa. Embun yg baru menginjak ke usia 2 tahun, dan Kekwa yg baru sahaja lepas hari. Sungguh tinggi dugaan mu adik Mawar.

Menitis air mata saya tatkala membaca kisah Mawar terpaksa pulang ke Islamabad utk mengemas semua barang2 peribadi mereka. Terngiang2 di telinga beliau di setiap inci rumah yg mereka diami disana. Semuanya memberi memori terindah kepada beliau.

Harapan Mawar, agar beliau akan menemui Nafastarinya di Jannah kelak.

Untuk adik Mawar, jika terbaca coretan ini, salam takziah dari saya. Insya-allah, Allah telah aturkan yg terbaik utk dirimu Mawar.


http://mawarnafastari.blogspot.com/





4 comments:

  1. ohh belog cik mawar ehh..hurm arwah suami dia juga seorang yg pandai menulis seolah2 baca artikel kat majalah je..simpati pada mawar ..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas doa akak..
    salam ukhuwah

    :)

    ReplyDelete
  3. betul dk.. akak pn baru ikuti.. terharu sgt kn.. kta sma2 doakn..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...