Tuesday 28 May 2013

Ibu telah sempurnakan kamu wahai anak....

Aku memang telah pasang niat, jika anak aku lelaki, aku ingin sunatkan dia masa dia bayi. Tak tau kenapa, tapi memang aku berniat macam tu.

Bila tahu aku mengandungkan anak lelaki, aku utarakan hal tersebut pada En Lan. Alhamdulillah En Lan tak banyak ragam.

Bila bawak Harris check up sebulan, kami terus buat appointment dengan Dr Hassan - Surgeon kat KPMC. Seminggu kemudian, kami datang lagi ke KPMC untuk sunatkan Harris. Hanya seorang sahaja yang boleh berada dalam bilik OT tu. Sebab aku tak larat nak layan karenah Nasreen, dan Harris perlu disusukan, aku yang berada bersama2 Harris.

Melihat Harris kena cucuk, diperlakukan seperti tu pada alat sulitnya - aku menangis hokey. Menangis2 anak aku tu...huwaaaa...ibu tak tahan tengok Harris tapi depan Dr dengan nurse, ibu buat muka macho. Bila pusing belakang, kesat ayaq mata.  hahahaha...

"Wahai anakku, telah kami sempurnakan kamu sebagai seorang muslim"






Harris ada tongue tie

Dari dalam wad lagi, aku dah perasan yg Harris seperti susah nak menangkap puting aku. Aku ingatkan mungkin kesan dari petadin. Aku ubah posisi aku dari cradle ke cross cradle. Baru ok sikit. Ye lah...bila cross cradle, aku dapat lock kepala dia dari berpusing2.

Tapi bila balik ke rumah, Harris masih juga susah nak menangkap puting. Bayangkan hari ke-3, breast aku dah bengkak sangat2. Sakitnya tak tau nak kata. Aku positif je. Buat marmet. Alhamdulillah keluar. Mungkin aku kurang mahir dengan teknik tu, jadi agak lambat sikit utk mendapat hasilnya. Sudahnya sebab tak tahan sangat, aku keluar kan FS aku. Kawan aku Herni dah pesan, guna marmet, jgn guna pam lagi...huhuh...tak tahan hokeyy....

Seminggu aku dok sakit bengkak, dok mengajar Harris mengenali puting aku. Tapi Harris masih lagi begitu keadaannya. Takkan la sampai seminggu Harris masih belum belajar kan...
Nak jadi cerita, 1 pagi masa dia tengah menangis, aku terperasan yang dia ada tongue tie. Aku telefon kak Kam, nak minta dia tengokkan. Tapi aku kena ke susuibu.com. Yang aku boleh pergi, hari Sabtiu, sbb hari lain En Lan keje. Aku tak sanggup dah nak tunggu walaupun sehari hokeyy. So, aku putuskan untuk bawak Harris berjumpa dgn Dr Nazim - Pusat Perubatan Al Zahrah atas cadangan kak Kam.

Alhamdulillah, Harris telah melalui procedure utk potong sikit di bawah lidahnya. Sayang sekali aku tak tengok masa tu. Aku takut. Dulu masa Dr Jack buat kat SILC, tak de plak aku takut. Mungkin sebab ni darah daging aku sendiri. Alhamdulillah, selepas procedure tu, Harris dapat menyusu dengan mudahnya.

Apa itu tongue tie? Baca sini


Bersalin anak ke-2 - samb

ok2....aku tau aku bukan penulis yg baik...ikut dan aku je bila nak menulis dan bila tak mau. :D

Kalau nak ikutkan cerita bersalin aku, mmg tak habis2 lagi...sehinggakan salah seorang pembaca blog ni turut komen, katanya cerita aku mcm tergantung. Yang sebenarnya masa tengah menaip last post tu, En Lan tetiba datang ngendeng kat tepi aku, terus blackout. Sudahnya makan bulan la aku nak menaip semula. Kelemahan aku :(

Untuk pendekkan cerita pasal bersalinkan Harris - aku suka, sangat positif. Suka bila aku dengan mudahnya bersalin - Alhamdulillah. Walaupun terpaksa mengambil petadin,  sekurang2nya aku dapat menghindari dari kena vakum. Cuma kesan jangka pendeknya adalah baby turut laloq.

Masa dalam labor room, berulang kali aku dok ingatkan nurse yang aku nak baby diserahkan pada aku sejurus selepas dia keluar. Aku nak susukan baby masa Dr tengah jahit. Alhamdulillah, memang mereka bagi, masih ada lagi darah pada badan Harris masa tu. Cuma bila aku laloq, Harris turut laloq, Harris tak dapat nak tangkap puting aku. Agak sukar juga masa tu, dan sedihnya bila nurse, bidan di KPMC tidak membantu aku masa tu. Siapa pun aku, aku adalah seorang ibu yg baru sahaja melahirkan anak. Perlukan bantuan.

Nurse dari bilik baby datang pada aku - masa tu aku masih di labor room. Meyakinkan aku bahawa aku perlu susu formula pada Harris. Dengan tegasnya aku cakap (dlm laloq tu boleh gak aku bertegas) yang susu aku ni cukup untuk Harris. Aku tak mau anak aku diberi susu formula. Dan kemudian, nurse tu kata mereka kena pantau gula dalam badan Harris setiap 6 jam. Ok dear :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...