Friday 30 September 2011

MARI IKUT CARA NABI




Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


KELEBIHAN SURAH AL KHAUSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.



Thursday 29 September 2011

SAHABAT? TEMAN? KAWAN? KAWAN KARIB??????

Apa maksud SAHABAT? TEMAN? KAWAN? KAWAN KARIB?

Puas saya menggoggle....TAKDE...yg pasti dalam Kamus Dewan Bahasa mmg ada la...

Kalian ada kawan? sahabat? teman? kawan karib?


Pada saya, berkawan la selagi mampu.....berkawan la selagi kita ikhlas, jujur....tapi bila berkawan pasti ada batasnya juga. Tak semua kita boleh share dgn kawan, tak semua benda juga kita boleh sorokkan dari seorg teman.

Ingatla kawan karib juga boleh menjadi musuh kita. Pelik kan? Makanya, kita perlu hati2 bila bicara dgn seseorg yg kita namakan sebagai kawan karib.

Berapa tahun kita kenal kawan kita tu, tak menunjukkan yg kita perlu kongsi segala2nya dgn dia. Dan lamanya kita berkawan dgn org, tidak bermakna kita boleh kawal dia.

Yang penting, kita perlu sedar limitasi kita dan limitasi kawan kita tu.

Selamat bersahabat semua :)


HOBI BARU



Sudah lebih 10 tahun saya meninggalkan dunia crossstitch. Yang bestnya, mana pergi pun tak tahu dah....hihihih.

Hari tu, pergi kedai jahitan (seperti biasa beli barang2 utk mak), terpandangkan seorang makcik ni dok telek fail crossstitch, tetiba mcm datang pulak idea nak buat utk CINTA saya. Beria mencari design DMC ni (sbb pada saya, ni design yg latest), sampai gaduh la dgn seorg cina ni. Ceritanya, cina tu tak nak jual design ni kalau saya tak beli kain dan kesemua benang. Apanya sengal la cina tu...terus saya keluar sambil menyumpah2 kat cina tu.

Akhirnya saya temui 1 kedai di Seks 4 Tambahan, Bangi. Takde juga design ni, tp Pakcik kedai tu usahakan juga utk saya. Dalam masa 3 hari, saya dapat. Pakcik ni gi telefon supplier dia dkt Ipoh. Dan menurut cerita pakcik ni, design ni hanya tinggal 1 je. Itu pun supplier tu p cari merata....sangat2 bersyukur dan berterima kasih.

Jadi......kerja saya akan bertambah 1 lagi...Tahun bila nak siap? saya tak pasti, yg pastinya, ianya adalah utk CINTA saya :D



Tuesday 13 September 2011

JOM LAYAN LAGU

Tetiba ptg ni saya emosi saya jadi merudum. melayan lagu2 lama yg jiwang. Menjadi sesuatu yg luar biasa kat opis ni, bila seseorg yg rajin bergaduh tetiba melayan lagu jiwang. hahahahhaa..pasai apa ekkk tetiba layan lagu jiwang ni?? saya pun tak punya idea....

Jom layan juga

TRULY

ENDLESS LOVE


Monday 12 September 2011

SOLAT MENGHINDARKAN DARI PERBUATAN2 MAZMUMAH


Apa guna solat jika hati masih kotor. Subhanallah. Langsung tidak pernah mahu pandang dr sudut positif.
 ·  · Saturday at 8:52am via mobile
    • Mohd Fadly Abd Jalil Solat tu wajib...
      Saturday at 9:40am · 
    • Hanidah Husaini Betul solat itu wajib.bila kita bersolat,bermakna hati kita perlu bersih.tp jika hati xbersih tp kita potray kita ni alim,sama saje kan
      Saturday at 9:48am · 
    • Mohd Fadly Abd Jalil betul3...harap lepas istiqomah dan khusyuk dlm solat...dpt leh cucikan mana2 yg kotor kan....hehehe cam uztaz plak...
      Saturday at 10:08am · 
    • Hanidah Husaini Ya..bermakna jika solat tp masih melakukan perkara2 lagha, makanya solat kt blm betul diterimaNya. Oleh itu,kita perlu muhasabah diri.Semoga kita semua diampunkanNya diatas setiap kelalaian kita.
      Saturday at 10:24am · 
    • Mohd Fadly Abd Jalil ada org sakit hati ke?....biasa la tu...mana2 tempat ada je manusia macam ni...
      Saturday at 11:11am · 
    • Hanidah Husaini tazkirah diwaktu pagi.peringatan utk diri sendiri sbnrnya. 2-3 hr ni bnyk perkara berlaku_pd diri aku. Jadi muhasabah diri.
      Saturday at 11:17am · 
    • Mohd Fadly Abd Jalil apa2 pun...program tanyala ustaz best








Tuesday 6 September 2011

CINTA

Agak suspen je tgk tajuk tu kan...hahahahhaa

                Ini CINTA hati kami sekeluarga

Keputusan yg saya ambil hanya dalam masa 5 minit. Keinginan tu datang lama dah. Sambil tu melihat sana sini juga.

Projek ni dah launch tahun lepas lagi, agaknya mmg rezeki kami, ada yg reject, dan itu yg kami dapat.

Lokasi nya disini

Sebulan Ramadhan hari tu, kami pening kepala memikirkan tntg hal ni...mana dgn nak rayanya, mana dgn nak bayar duit lawyer lagi. Alhamdulillah, satu persatu masalah selesai. Dan skrg, S&P dah ada dalam tangan saya. offer letter dari bank pun dah terima. Jadi tinggal nak uruskan pembayaran 10% dan lawyer :D

Doakan kami agar urusan kami ini dipermudahkan :D





SALAM AIDILFITRI

Aidilfitri kali ni betul2 terasa kelainannnya. Saya tidak bersemangat utk membuat persiapan. Alhamdulillah, utk Nasreen dah settle awal2.

Percaya atau tidak...gambar family pun tak sempat nak ambik. cuma sempat 1 je..itupun viewnya agak kurang menarik...


Tahun ni beraya di Rembau. Persiapan disana agak berbeza dgn di Kajang. Percaya atau tidak, Aildilfitri kali ni saya berkesempatan untuk ke rumah teman lama di K.Pilah, hanya kerana 2-3 minggu sblm raya ari tu, saya teringat dgn nenek dia. Tq En Lan. Nak kesana tu, kami kena harung jem yg amat teruk dekat Bukit Putus tu. Dah tu masuk pulak jalan kampung kat Seri Menanti semata2 nak elakkan jem. Adventure betul masa tu.

Tahun ni juga tahun kawalan makanan....hahahahha...saya ni tak boleh makan pulut. DILARANG KERAS!!!...tp itu la kegemaran saya. Mak kat rumah buat ketupat palas..mak mertua order lemang..pi beraya org hidang lemang nala nya....dalam pada dok kawal2 tu, semput juga malam raya ari tu - akibatnya kena marah dgn En Lan....Saya bukan apa sbnrnya....boleh la nak makan tu, tapi hospital yg terdekat dgn Rembau tu - dkt Tampin atau pun Seremban...dibuatnya pukul 4 pagi saya kena serang dgn athma....kan leceh tu. Kalau kat Kajang, kena serang pukul 4 pagi - KPJ sebelah rumah je .....ngeh3

Apa2 pun....Salam Aidilfitri..Mohon Ampun dan Maaf.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...