Wednesday 30 January 2013

Penangan Membawa Budak

Assalamualaikum

Mengandung diusia 30-an memberi pelbagai cabaran utk diri ini. Kalau dulu, hanya la sekali sekala demam, tapi kali ini, kena berdepan dgn sakit dari pinggang ke kaki dari awal mengandung sehingga kini - 32 minggu.

Tak tahu bagaimana nak gambarkan sakitnya. Tapi kesannya memang terasa nak baring je. Jika hari cuti, terasa sangat indah jika hanya dapat bermalas-malasan diatas katil tapi disebabkan tuntutan tanggungjawab, perlu juga bangun utk melangsaikan kerja-kerja yg mampu dilakukan.

Itu la yang saya alami cuti Maulidur Rasul yang lepas. Ketika sedang masak tengahari, tiba-tiba rasa badan ni  senget....subhanallah...dugaan dari Allah - semoga ianya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil saya. Terus pergi mengurut petang itu juga tapi tidak mampu meredakan kesakitan ini. Sudahnya, saya turutkan juga ke rumah seorang lagi tukang urut, Alhamdulillah, kuasa Allah.

Mengandung kali ini juga, membuatkan saya cuak juga. Mengikut kata Doktor, baby ni songsang. Innalillah. "Pusing ye wahai anak. Ibu mahu melahirkan kamu secara normal sama seperti kakakmu. Ibu tak mahu terduduk selepas melahirkan kamu nanti. Banyak urusan yg memerlukan ibu untuk melakukannya, dan ibu tidak mahu bergantung pada org lain"

Sempat saya google cari apa sebab / kemungkinan yg akan berlaku jika baby tu songsang....mengucap panjang bila baca beberapa blog dan smepat juga jengah apa kata Dr Hamid Arshad......... :(


Thursday 24 January 2013

Kes Budak Hilang

Malaysia dikejutkan dgn penemuan mayat seorg kanak-kanak di Port Klang. Disyaki ianya adalah William Yau....Nauzubillah. Kenapa la manusia sekarang ni sangat2 kejam. Sampai berbunuhan sesama sendiri. Apalah dosa budak sebesar tu ye?

Kebelakangan ni juga saya terbaca beberapa kes anak hilang. Salah satu adalah kes mak yg lalai. Berhenti di stesyen minyak dan kemudian meninggal anak didalam kereta tanpa mematikan enjin kereta. Adooii la...walaupun anak tu dah 8 tahun, kan boleh ajar dia utk kunci kereta dan buka kunci sementara kita turun utk bayar?kan?kann?

Kawan2 di pejabat saya mengatakan ramai orang yg tidak membaca surat khabar. Ok...kalau tak baca sekalipun, ianya kan benda basic. Benda yg tidak perlu diajar lebih2 lagi pada org dewasa yg sudah matang. Bila anak kena culik, mula kelam kelibut. Nauzubillah..saya bukan nak mendabik dada. Saya juga punya anak dara. Dalam pada geleng2 kepala ni, dok beringat juga utk menjaga keselamatan anugerah dari Allah ini.




Menerima tempahan dari anda.....sila2kan :)

Kek Pelangi
Red Velvet
Coklat Kek
Kek Karot













Kek Birthday Nasreen




Sebiji kek



Setelah dipotong

Gigih mak yong siapkan kek utk anak tersayang. Suka sangat bila tengok anak sangat2 la happy dgn kek yg tak seberapa ni. Siap suruh ibu dia buat lagi....




Mengandung utk kali ke-2

Assalamualaikum,

Sangat tak terjangka bila tiba2 dapat tahu, badan berisi sekali lagi. Alhamdulillah. Syukur pada rezeki dari Allah. Rezeki yg tak ternilai dalam hidup seorang wanita. Punya la selama ni, pelbagai cara saya usahakan utk berbadan 2 sekali lagi, tapi tetap tak berbuah juga. Macam2 petua yg diberi, macam2 makanan, ubat dicadangkan, tapi 1 pun tak berhasil. Akhirnya saya akur. Saya akur jika Allah mengatakan Cik Aceen adalah sorang2nya harta saya didunia dan akhirat. Saya lalui hari2 dan bulan2 seperti biasa.

Tup2 (tanda mmg dah ada, tapi just ignore je), terasa 1 badan tak sedap sangat2. Dan sepatutnya hari saya period, tapi tak turun. Dan kebiasaannya, jika saya stress, period akan turun awal, tapi pada bulan berkenaan, tidak pula. Lewat sehari, saya buat ujian (sebelum ni dah berpuluh kali buat test, tapi kecewa), dan hasilnya 2 line.....sujud syukur ku pada Allah.





Welcome Back

Assalamualaikum......

Lamanya blog saya ni bersarang. Last post adalah Apr 2012, hari ni dlm bulan Jan 2013. Bukan tak teringat nak post kat blog tapi disebabkan kekangan masa dan kerja menyebabkan blog ku tergendala sekejap.

Banyak juga hal yg terjadi sepanjang 9 bulan ni ye...senang cite kalau org pregnant, dah keluar dah babynya..hahhahaha.....cite pasal pregnant... :) :) :)

Next topic plssssssssss.....................




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...