Tuesday, 28 May 2013

Bersalin anak ke-2 - samb

ok2....aku tau aku bukan penulis yg baik...ikut dan aku je bila nak menulis dan bila tak mau. :D

Kalau nak ikutkan cerita bersalin aku, mmg tak habis2 lagi...sehinggakan salah seorang pembaca blog ni turut komen, katanya cerita aku mcm tergantung. Yang sebenarnya masa tengah menaip last post tu, En Lan tetiba datang ngendeng kat tepi aku, terus blackout. Sudahnya makan bulan la aku nak menaip semula. Kelemahan aku :(

Untuk pendekkan cerita pasal bersalinkan Harris - aku suka, sangat positif. Suka bila aku dengan mudahnya bersalin - Alhamdulillah. Walaupun terpaksa mengambil petadin,  sekurang2nya aku dapat menghindari dari kena vakum. Cuma kesan jangka pendeknya adalah baby turut laloq.

Masa dalam labor room, berulang kali aku dok ingatkan nurse yang aku nak baby diserahkan pada aku sejurus selepas dia keluar. Aku nak susukan baby masa Dr tengah jahit. Alhamdulillah, memang mereka bagi, masih ada lagi darah pada badan Harris masa tu. Cuma bila aku laloq, Harris turut laloq, Harris tak dapat nak tangkap puting aku. Agak sukar juga masa tu, dan sedihnya bila nurse, bidan di KPMC tidak membantu aku masa tu. Siapa pun aku, aku adalah seorang ibu yg baru sahaja melahirkan anak. Perlukan bantuan.

Nurse dari bilik baby datang pada aku - masa tu aku masih di labor room. Meyakinkan aku bahawa aku perlu susu formula pada Harris. Dengan tegasnya aku cakap (dlm laloq tu boleh gak aku bertegas) yang susu aku ni cukup untuk Harris. Aku tak mau anak aku diberi susu formula. Dan kemudian, nurse tu kata mereka kena pantau gula dalam badan Harris setiap 6 jam. Ok dear :D



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...