Aku memang telah pasang niat, jika anak aku lelaki, aku ingin sunatkan dia masa dia bayi. Tak tau kenapa, tapi memang aku berniat macam tu.
Bila tahu aku mengandungkan anak lelaki, aku utarakan hal tersebut pada En Lan. Alhamdulillah En Lan tak banyak ragam.
Bila bawak Harris check up sebulan, kami terus buat appointment dengan Dr Hassan - Surgeon kat KPMC. Seminggu kemudian, kami datang lagi ke KPMC untuk sunatkan Harris. Hanya seorang sahaja yang boleh berada dalam bilik OT tu. Sebab aku tak larat nak layan karenah Nasreen, dan Harris perlu disusukan, aku yang berada bersama2 Harris.
Melihat Harris kena cucuk, diperlakukan seperti tu pada alat sulitnya - aku menangis hokey. Menangis2 anak aku tu...huwaaaa...ibu tak tahan tengok Harris tapi depan Dr dengan nurse, ibu buat muka macho. Bila pusing belakang, kesat ayaq mata. hahahaha...
"Wahai anakku, telah kami sempurnakan kamu sebagai seorang muslim"
No comments:
Post a Comment