Wednesday, 10 April 2013

Bersalin Anak ke 2 - samb.

13 March 2013

Patutnya pagi ni En Lan ada interview dkt Pos Malaysia. Bangun pagi tu, aku siap cakap dgn En Lan untuk pergi juga interview tu. Aku nak pi office dulu. Memandangkan aku tak sakit pun lagi. Ada beberapa urusan yang aku nak settlekan sebelum aku bersalin. Tapi En Lan cakap dia dah minta Pos Malaysia hold dulu interview dia. Tup..tup...aku baru je nak solat Subuh, telefon berbunyi. Rupanya KPMC telefon, minta aku segera melaporkan diri ke wad. Katanya Dr ada banyak kes pagi ni.

Siap cepat2. Hantar Nasreen ke sekolah. Siap pesan dengan mak aku, nanti tengahari mak tak yah masak, nanti suruh En Lan belikan lauk. Hahahahaha....acik konpiden uuuuu....

Masa nak tinggalkan Nasreen di sekolah, sayu hati ni. Allah je yang tahu bagaimana rasanya. Aku lepaskan  Nasreen dgn keadaan dia adalah the only one. Mungkin kejap lagi, title tu akan hilang dari dia. Sampai KPMC kena juga masuk wad yang 3 katil tu. Tak pe la...sekurang2nya tak perlu lama sangat. Dekat katil aku tu dah siap sarapan untuk aku. Nasi lemak. Alaaaa...kalau tau depa siapkan sarapan, tak yah aku makan kat rumah tadi :D

Makan juga la nasi lemak tu. Tapi sikit je boleh masuk. Lepas makan, nurse datang masukkan ubat utk buang air besar. Okkkkk...saya sudah bersedia untuk di induce. Dah selesai urusan di pejabat termenung, nurse datang lagi masukkan air. Maka bermula la rasa kontraksi tu. Tapi kenapa rasa kontraksi kali ni lain ye? Tak macam masa Nasreen dulu. Aku siap sempat berwhatapps lagi dengan kawan2 sekolah aku. Yang si Liza dah selamat kena bedah tu. Time tu lebih kurang pukul 9 pagi. Tiba2 teringat tentang kerja kat office, aku call office bagitau apa yang perlu diselesaikan pada hari tu.

Nurse keluar masuk bilik kami tu. Kejap2 tanya aku dah rasa sakit ke belum. Kontraksi tu memang dah rasa tapi masih boleh tahan lagi. Aku sempat suruh En Lan pergi beli alatan kelengkapan utk tanam uri. Dalam pukul 10, nurse masuk lagi tanya ,"akak dah start sakit?" "Dik, saya lapar la...nak makan boleh tak?" Nurse tu pandang je aku. "Kak, makan je la. Dah akak lapar kan..." hooorreeeyyyy..... Terus En Lan turun belikan makanan. Teragak nak makan meehoon, sudahnya dapat maggi goreng. Maggi pun maggi la.

Elok habis je makan, Dr masuk. Adooii...ni yang aku tak sanggup ni. "Ok kak, kita masuk labour room" kata nurse tu. "Hahhh...labour room??? Dik, saya baru lepas makan, macamana?" "Dr dah suruh masuk, nak buat macamana kak"

11.30 pagi - masuk labour room. Ditinggalkan berdua2an dgn En Lan. Kejap-kejap depa masuk utk check berapa bukaan. Sampai aku tanya kat depa, kalau tak seluk, boleh tak? Bila berada dalam labour room tu, bermula la rasa kontraksi yang teramat2 sangat tu. Okk nida...kawal pernafasan. Tarik nafas, hembus, tarik...hembus. Nurse tu siap suruh bagi petedin bila dia tengok aku dah teruk. Tapi aku tak mau. Hahahah...kononnya nak natural la. Tak mau segala ubat2an. Boleh ke? Hahahha...Gelak aku sorang2 bila teringat balik ketika dalam labour room tu.

Sudahnya bila aku dah tak tahan sangat, aku cakap dgn En Lan yang aku nak juga ubat tu. Ok...apa itu petedin? Petedin ni adalah ubat tahan sakit. Hemh...tak tahan mana pun. Rasa tu tetap ada. Cuma bila kena ubat tu, kita akan tertidur. Tidur pun tapi masih boleh rasa ye. Kesannya bila si ibu dah dapat lama petedin tu, nanti si ibu akan hilang tenaga. Bila hilang tenaga, itu yang kena vakum.

Ok..sebab tak nak ulangi pengalaman macam dengan Nasreen dulu la yang aku beria tak nak ambik petedin tapi bila dah teruk sangat, aku mengalah. Tapi untungnya aku kali ni, walaupun ambik petedin, masa tu bukaan dah banyak. Jadi bila baby keluar, aku masih ada tenaga lagi. Alhamdulillah, walaupun meneran dalam keadaan laloq tapi aku dapat menghindari dari kena vakum.

1 comment:

  1. Tahniah Nidah.Wan pun ketiga-tiga ank bersalin pakai petedin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...