Tuesday, 28 May 2013

Harris ada tongue tie

Dari dalam wad lagi, aku dah perasan yg Harris seperti susah nak menangkap puting aku. Aku ingatkan mungkin kesan dari petadin. Aku ubah posisi aku dari cradle ke cross cradle. Baru ok sikit. Ye lah...bila cross cradle, aku dapat lock kepala dia dari berpusing2.

Tapi bila balik ke rumah, Harris masih juga susah nak menangkap puting. Bayangkan hari ke-3, breast aku dah bengkak sangat2. Sakitnya tak tau nak kata. Aku positif je. Buat marmet. Alhamdulillah keluar. Mungkin aku kurang mahir dengan teknik tu, jadi agak lambat sikit utk mendapat hasilnya. Sudahnya sebab tak tahan sangat, aku keluar kan FS aku. Kawan aku Herni dah pesan, guna marmet, jgn guna pam lagi...huhuh...tak tahan hokeyy....

Seminggu aku dok sakit bengkak, dok mengajar Harris mengenali puting aku. Tapi Harris masih lagi begitu keadaannya. Takkan la sampai seminggu Harris masih belum belajar kan...
Nak jadi cerita, 1 pagi masa dia tengah menangis, aku terperasan yang dia ada tongue tie. Aku telefon kak Kam, nak minta dia tengokkan. Tapi aku kena ke susuibu.com. Yang aku boleh pergi, hari Sabtiu, sbb hari lain En Lan keje. Aku tak sanggup dah nak tunggu walaupun sehari hokeyy. So, aku putuskan untuk bawak Harris berjumpa dgn Dr Nazim - Pusat Perubatan Al Zahrah atas cadangan kak Kam.

Alhamdulillah, Harris telah melalui procedure utk potong sikit di bawah lidahnya. Sayang sekali aku tak tengok masa tu. Aku takut. Dulu masa Dr Jack buat kat SILC, tak de plak aku takut. Mungkin sebab ni darah daging aku sendiri. Alhamdulillah, selepas procedure tu, Harris dapat menyusu dengan mudahnya.

Apa itu tongue tie? Baca sini


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...