Wednesday, 10 April 2013

Bersalin anak ke 2 - samb

Jeng..jeng..jengg.......


9 March 2013

Kawan seangkatan aku - Erma (anak sulung dia selang beberapa hari je dgn Nasreen) dan selamat bersalin anak ke3 - Amirin. EDD dia patutnya 27 March. huisshhhh...acik gelabah hokeyyy....patutnya acik dulu la kan...

Kawan seangkatan aku juga - Liza. Dia mmg dah confirm 13 March sbb kena czer.

Dan aku? Tertanya2 aku pada diri sendiri. Bila nak bersalin ni? 2org kawan aku ni dah confirm. Tapi aku?

12 March 2013

Check up dgn Dr. Aku sempat pesan pada anak dalam perut ni agar inilah check up terakhir dgn Dr tu. Cepat2 la keluar melihat dunia yang luas ni. Ibu dah tak larat sangat2 ni.

Bila jumpa Dr, soalan pertama dari Dr, "Dah sakit2? ". "Sakit tu apa Dr?. Saya tak tahu nak kata adakah ini sakit nak bersalin atau apa". "Ok..sila baring. Saya nak chk pangkal rahim".....alamakkkkk...ini yang aku tak suka ni bila kena seluk. "Ok...dah buka 2.5cm". "Hahhhhhh???????" "So, boleh la masuk wad ye". "Hemh..agak2nya dapat tak 13/3/13 Dr?" Kalau kita start pukul 11, boleh la.Kalau start sekarang awal lagi ni". "Saya balik dulu ye uruskan anak saya ni dulu". "Ok"

Alamakkk...keluar je dari bilik dia, aku dah cuak. Bila aku cakap dgn En Lan yang aku cuak, dia kata hari tu eksen sangat kata nak serah diri kat Dr.

So, aku balik. Kemas2 beg. Siapkan baju sekolah Nasreen. Siap2 potong kuku aku bagai. Sangat  bersahaja aku bersiap. En Lan lak yang tak sabar nak ke hospital. Tepat 11 mlm, kami ke KPMC semula. Tapi bila sampai sana, rupanya bilik penuh. Bilik yang kami tempah tu, belum ada yang kosong. Yang ada cuma bilik 3 katil, dan yang kosong adalah katil tengah, kiri kanan adalah warga Indonesia. Alamakkkk...mcmana ni. Nurse yang bertugas malam tu beria2 suruh aku balik dulu. Kata dia, dia takut aku tak selesa. Sebab nak tunggu bilik kosong, tengahari esok baru kosong. Tapi kata dia lagi, kalau tengah malam sakit makin kuat, cepat2 datang ke hospital. Aiiiii hokeyy je...sakit pun tak rasa lagi sebenarnya...So, angkut la balik barang2.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...