Wednesday, 10 April 2013

Bersalin Anak Ke 2

Aku tak sempat nak ambik gambar bila kena check in kat KPMC March lepas. Peghhh...punya la lama... Sekarang dah April pun :)

Memasuki bulan March je, aku dah menghadkan aktiviti aku... (iye ke??? bukan ke selama ni aku dah hadkan? :D )

Aku memang menjangkakan yang aku akan bersalin pada minggu ke 37. Sama seperti Aceen. Minggu ke 36, jumpa Dr. Terasa macam nak cakap kat Dr, 'please Dr, saya dah tak larat'....tp tak terkeluar pun...poyo je lebih :D

Dr kata (masa 37 minggu tu) baby aku besar. Bila tanya besar mana. Dia kata 3.3kg...alaaa..baru 3.3kg je. Poyo lebih je Dr aku ni. Tapi masa tu dah warning Dr tu yg walau apa sekalipun keadaan, aku tak mau kena potong sebab anak sedara aku yg bersalin dgn Dr yang sama, Dr pun warning kat dia yg baby dia besar dan Dr terus czer tanpa bagi pilihan pada si ibu utk membuat keputusan. So, Dr pesan,  kalau tak nak kena czer, minggu depan la kena bersalin. Macamana nak bersalin minggu depan, sedangkan aku ni tak sakit2 lagi pun. Dr pesan suruh exercise banyak2. turun naik tangga @,  berjalan.

Memang aku ikut cakap Dr tu. 2 hari lepas tu aku pergi berjalan kat Ikea, Ikano & The Curve. Hahahaha...boleh bayangkan tak besar mana tempat tu. Tak cukup dgn tu, ptg tu hantar Aceen ke kelas Kumon, aku naik turun tangga, dan berjalan ke pasar malam yg berhampiran. Apa saja aku lakukan agar aku tidak kena czer.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...