Assalamualaikum
Mengandung diusia 30-an memberi pelbagai cabaran utk diri ini. Kalau dulu, hanya la sekali sekala demam, tapi kali ini, kena berdepan dgn sakit dari pinggang ke kaki dari awal mengandung sehingga kini - 32 minggu.
Tak tahu bagaimana nak gambarkan sakitnya. Tapi kesannya memang terasa nak baring je. Jika hari cuti, terasa sangat indah jika hanya dapat bermalas-malasan diatas katil tapi disebabkan tuntutan tanggungjawab, perlu juga bangun utk melangsaikan kerja-kerja yg mampu dilakukan.
Itu la yang saya alami cuti Maulidur Rasul yang lepas. Ketika sedang masak tengahari, tiba-tiba rasa badan ni senget....subhanallah...dugaan dari Allah - semoga ianya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil saya. Terus pergi mengurut petang itu juga tapi tidak mampu meredakan kesakitan ini. Sudahnya, saya turutkan juga ke rumah seorang lagi tukang urut, Alhamdulillah, kuasa Allah.
Mengandung kali ini juga, membuatkan saya cuak juga. Mengikut kata Doktor, baby ni songsang. Innalillah. "Pusing ye wahai anak. Ibu mahu melahirkan kamu secara normal sama seperti kakakmu. Ibu tak mahu terduduk selepas melahirkan kamu nanti. Banyak urusan yg memerlukan ibu untuk melakukannya, dan ibu tidak mahu bergantung pada org lain"
Sempat saya google cari apa sebab / kemungkinan yg akan berlaku jika baby tu songsang....mengucap panjang bila baca beberapa blog dan smepat juga jengah apa kata Dr Hamid Arshad......... :(
No comments:
Post a Comment