Monday 17 October 2011

HM4HB - Episod 1

Ni cerita Jumaat lepas. Sedang sibuk2 membzkan diri depan pc ni, sorang kawan bertanya kan hal susu ibu yg diurusniagakan di internet. Mula2 tu mmg saya bersetuju dgn pihak akhbar (tanpa membaca akhbar tersebut). Untuk menyelamatkan alam sejagat, saya minta kawan saya tu letakkan link di msg FB saya.

So, bila balik lunch hari tu, saya cuba la buka link tu....cerita panjangnya takde, yg ada cuma yg dia quotekan sahaja. baca sahaja quotenya.....




Tawar susu ibu di internet
Oleh Nor Affizar Ibrahim & Nor Afzan Mohamad Yusof
bhnews@bharian.com.my
2011/10/14

Gambar hiasan
Gambar hiasan
  • Dr ***** ingin mencari anak susuan Muslim perempuan. Beliau masih menyusu dua anak kembarnya, **** dan **** yang berusia 8 bulan tapi supplyanya sangat banyak sampai kena buang sebab lepas tarikh luput. Jika anda tinggal berdekatan Seremban dan mencari ibu susuan, sila hubungi 012******. Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

  • “Kepada semua, saya mempunyai lebihan susu badan 15 beg yang mana setiap satu 5oz dan susu berkenaan dipam pada awal September lalu. Saya menyimpan semuanya di dalam peti sejuk dan sekarang tiada tempat lagi. Pagi tadi, saya berasa sakit dan perlu membuang 11 lagi beg susu badan. Saya harap dapat mendermakannya dan membantu bayi yang memerlukannya. Tolong hubungi saya, jika anda memerlukan sebarang susu badan. Saya tinggal di Puchong. Saya ada mengambil suplemen vitamin, Omega 3, kalsium dan tidak merokok dan tidak minum alkohol. Terima kasih.
    (Sumber laman web)



  •                                                                                                                     



    Saya ulang semula quotenya,

    Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

    Adoooiiiii yangggggg.......EBM tu maknanya EXPRESSED BREASTMILK laaaaaaa........

    Bila baca yg tu je..saya tau dah apa isi kandungan artikle tersebut...

    Terus saya cari wall Ayuni. Rupanya mmg dah penuh dah kat wall dia. Sian Ayuni. Walaupun saya tidak dalam group dia, tapi tujuan asal kami adalah sama. Saya sangat2 terpukul dgn kenyataan wartawan tersebut. Sungguh tidak professional bila menulis tanpa mengkaji dan dia telah merendah2 kan ibu2, dan juga apa yg telah disyariatkan Allah.




    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...