Monday 4 July 2011

SEJUTA IMPIAN - MBfPC

tonton-home-shows-talk_show-sejuta impian 2011-episode 8 - Sejuta Impian 2011 - Episode 8



Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) berada di program Sejuta Impian. Angan2 kosong antara saya dan Zarin, akhirnya menjadi kenyataan. Tak sangka ye kami berjaya juga akhirnya hingga memperolehi dana yg telah diperuntukkan.

Agak menjadi kesalan pada diri saya bila tidak dapat ikut serta bersama rakan2 lain sedari awal penglibatan MBfPC dalam program Sejuta Impian. Hinggalah yg terakhir iaitu rakaman di Studio NTV7, saya paksakan juga diri saya pergi. Alhamdulillah, Teacher Anis ok je bila kami minta batalkan kelas Alimkids pada minggu itu.

Seawal pagi kami dah berada di sana. Hujan pun kami redah juga walaupun ditangan masing2 ini, bukan 1 bag tangan sahaja...huhuhuh....Alhamdulillah, Allah kurniakan kami anak2 yg cukup memahami perjuangan ibu2 mereka ini. Sayang kamu semua :D

MBfPC akhirnya dapat sebahagian kecil dana yg telah diperutukkan. Alhamdulillah. Itu ucapan saya dan Ajui (yg duduk di kerusi penonton). Saya kirakan Ajui juga turut menangis bila sifu dan teman2 kami keluar....Hahahahaha....sangat2 emosi masa tu. Pada kami, apa yg lebih penting adalah MBfPC telah diberikan promosi secara percuma. Itu yg sangat2 penting. Diluar sana masih ramai lagi yg tak tahu apa itu Penyusuan Ibu. Pada mereka, kenapa perlu ada kumpulan sokongan? Setakat selak baju dan bagi, kan mudah? Betul ianya semudah itu, tapi bagaimana utk kekal? Bagaimana kita nak pastikan yg anak2 kita hanya minum susu ibu sahaja. Pada saya ianya tak mustahil pun utk susukan anak sehingga berumur 2 tahun. Ianya mudah jika kita berpegang pada prinsip Penyusuan susu ibu.






5 comments:

  1. mesti akak selalu lepak kat MLO kat pj ek?
    Hehe dlu saya pernah pergi situ. Baru kenal kak zarin n kak ajui :)

    ReplyDelete
  2. Kasih Kita:

    mmg kita selalu kesana. Kelas Alimkids anak kita kat sana. Ajui dan Zarin tu teman tapi mesra kita. Awak ni Ruziana ekkk?

    ReplyDelete
  3. menitis gak laxiar mate mase tgk pn.kamariah cakap tu,tp macam xpuas ati knp dpt skit je..
    apa pn tahniah atas usaha yg puan2 semua..smoga usaha murni ini dberkati oleh-Nya

    ReplyDelete
  4. Haah, saya rodziana hehe. Teringin nak lepak selalu kat MLO sana sebab macam best tengok semua orang menyusukan anak bersama-sama. Tapi tula, sy x berjaya direct feed pun. Pam ajer. Nanti klu anak second InsyaAllah boleh share pengalaman kan :)

    ReplyDelete
  5. rodziana: bila kita adalah xclusive pumping - tak bermakna kita tak berjaya. kita masih menyusukan anak kita dgn susu ibu, cuma mekanisma nya sahaja yg berbeza. jgn rasa terpinggir dik...awak dah buat yg terbaik utk si comel awak :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...