Saturday, 30 April 2011

Alimkids Module 1

Assalamualaikum,

Hari ni saya sangat teruja bila Nasreen grad Alimkids Module 1. Bak kata Dr kesayangan saya pada Nasreen, "ibu awak ni tak sabar2 nak tunggu awak masuk sekolah la...."ihihihi

Alimkids adalah 1 program playgroup utk anak2. Ianya seawal 2 thn dah boleh hantar. Dalam program ini ada diselitkan tentang Islam, belajar tentang Allah, nikmat yg Allah beri pada kita, ambil wuduk, dan mcm2 lagi.

Mula2 dulu Nasreen mmg tak nak campur sangat..tapi bila setiap minggu jumpa kawan2, dan jumpa lagi masa SGM, masa ibu berlibur bersama kawan2 ibu, akhirnya Nasreen dah kenal beberapa kawan dia dan juga kawan2 ibu...Tq sayang.....oh ye tq juga pada En Lan sbb izinkan saya menghantar Nasreen ke PJ tiap2 minggu.


                                              sijil Module 1

                                   Nasreen bersama Teacher Awanis


                                   rakan sekelas Nasreen

Wednesday, 27 April 2011

Fenomena Sambal Hijau

Agak menarikkan bunyi tajuk ni...agak2nya lagi menarik tak kalau kita lihat gambar di bawah ni....



Wahhhhhh....sangat menarikkan rupanya (sila abaikan biji kurma disebelahnya ye..)

Tak tahu la knp sejak 2-3 menjak ni, saya jadi seorg yg 'gila' tempoyak lebih2 lagi sambal hijau ni...Padahal saya ni sebenarnya bukan la penggemar durian pun...

Percaya tak, saya ni kalau depan saya ada durian berbakul2, dan org mkn dgn lahapnya depan saya, saya tak pernah heran pun...jenis kalau tak dapat, tak nyesal la...hahahahha..tapi sejak 2-3 menjak ni, lain pulak gayanya..sampaikan En Lan balik Rembau minggu lepas dan minta sikit tempoyak dari mak mertua....

Comeh ni bila tiba2 jadi penggemar tempoyak :D....apakah????

Satu lagi gambar buat tatapan pembaca lebih2 lagi pada kawan yg saya sayang...Silakan puan Herni menjamu mata ye :D






Bagaimana utk kekal...

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf, jika penulisan saya ini membuatkan anda semua rasa saya ingin menunjuk2.

Apa yg nak dikekalkan tu?

Ada yg bertanya saya bagaimana saya mampu menyusukan Nasreen sehingga kini tanpa ABM (Artificial Breast Milk). Ada yg teruja, ada yg merasakan itu adalah mustahil, ada yg rasa mcm saya ta ya pa wau :D....hihihihihih..tapi ini la realitinya..

Ok..saya bukan nak cerita kan kejayaan saya..tapi saya nak ceritakan tentang usaha yg tidak pernah kenal erti penat lelah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

Semua ibu di dunia ini, mampu utk menyusukan si kecil mereka. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yg Allah tak berikan nikmat susu pada dia. Kita semua dapat nikmat tu dari Allah. Yang membezakannya adalah bagaimana kita pelihara susu itu, bagaimana kita mengekalkan susu itu.

Ada yg datang pada saya beritahu, "puan, susu saya takde..hanya ada masa dlm pantang je", "puan, keluarga saya mmg jenis susu tak banyak..mak, kakak saya dulu pun macam tu juga", "puan, anak2 ni kena bagi susu tepung juga puan, kalau tak nanti otak dia tak connect antara satu sama lain"...ehhhh..ye ke? betul ke kalau kita tak bagi ABM, nanti otak anak kita tak fungsi sebaiknya....(alamak..mcm dah lari tajuk sikit)

Berbalik pada cerita saya, bagaimana utk kekal? Tidak mustahil...yg penting (saya selalu nyatakan ini masa SGM), ibu2 kena lebih degil, kena lebih usaha. Kejayaan takkan datang bergolek pada kita jika kita tak usaha. Sama seperti mencari duit la..kalau harapkan duit gaji...banyak tu je la kita dapat, tapi kalau kita ada buat kerja2 sampingan, kita akan dapat duit lebih utk satu2 masa tu.

Bagaimana utk dapat lebih susu dan kekalkan susu tersebut? Seperti yang semua tahu, kekerapan bayi menghisap secara terus ke payudara kita adalah cara terbaik utk kekalkan hasil susu tersebut. Lagi kerap bayi menyusu (mengosongkan payudara), lagi banyak susu akan terhasil.

Bagaimana pula jika kita ke pejabat? atau menghadiri kursus? atau terpaksa keluar daerah? Ya..seperti saya nyatakan tadi, kita perlu kerapkan sessi pemerahan. Konsep penyusuan susu ibu ini mudah je. Jika ada permintaan (demand), maka adalah pengeluaran (supply). Oleh itu, kita perlu perah setiap 3jam sekali (sekurang2nya), dan adalah lebih cantik bila kita perah pada masa yg sama setiap hari.

Knp? bila kita dah 'set' otak kita utk menghasilkan susu, secara otomatiknya, susu akan terhasil secara sendirinya pada masa2 itu. Sebab tu kalau kita perasan, jika kita terlepas satu2 sessi, secara tetiba, susu kita akan menurun. Ianya akan lebih ketara jika berlarutan 2-3 hari.

Konklusinya, kita perlu pegang konsep "Pengeluaran dan Penawaran" - (Demand and Supply), perlu kerapkan penyusuan secara terus dan perah mengikut jadual bila kita berjauhan dgn bayi/anak kita. Insya-allah, Allah akan membantu kita jika kita berusaha.









Tuesday, 26 April 2011

HOW MUCH EXPRESSED MILK WILL BABY NEED?

Kadang-kadang menjadi persoalan para ibu berapa oz yg diperlukan oleh sikecil. Selalu menjadi kesukaran pada kita jika terlebih bekalan susu yg dihantar ke taksa mahupun ke rumah penngasuh. Kellymom.com telah mengupas tajuk ini dgn begitu sempurna sekali. http://www.kellymom.com/bf/pumping/milkcalc.html

How much milk do babies need?
Many mothers wonder how much expressed breastmilk they need to have available if they are away from baby.
In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months (though it likely increases short term during growth spurts). Current breastfeeding research does not indicate that breastmilk intake changes with baby's age or weight between one and six months. After six months, breastmilk intake will continue at this same level until -- sometime after six months, depending in baby's intake from other foods -- baby's milk intake begins to decrease gradually (see below).


The research tells us that exclusively breastfed babies take in an average of 25 oz (750 mL) per day between the ages of 1 month and 6 months. Different babies take in different amounts of milk; a typical range of milk intakes is 19-30 oz per day (570-900 mL per day).
We can use this information to estimate the average amount of milk baby will need at a feeding:
  • Estimate the number of times that baby nurses per day (24 hours).
  • Then divide 25 oz by the number of nursings.
  • This gives you a "ballpark" figure for the amount of expressed milk your exclusively breastfed baby will need at one feeding.
Example: If baby usually nurses around 8 times per day, you can guess that baby might need around 3 ounces per feeding when mom is away. (25/8=3.1).

Selalu juga menjadi persoalan pada kita, bagaimana jika anak itu telah menjangkau usia 6 bulan. Apa keperluan anak itu sendiri bila umurnya melebihi 6 bulan. Mari kita lihat apa kata kellymom tentang isu ini.

What if baby is eating solid foods?
Sometime between six months and a year (as solids are introduced and slowly increased) baby's milk intake may begin to decrease, but breastmilk should provide the majority of baby's nutrition through the first year. Because of the great variability in the amount of solids that babies take during the second six months, the amount of milk will vary, too. One study found average breastmilk intake to be 30 oz per day (875 ml/day; 93% of total intake) at 7 months and 19 oz (550 ml/day; 50% of total energy intake) at 11-16 months.
Several studies have measured breastmilk intake for babies between 12 and 24 months and found typical amounts to be 14-19 oz per day (400-550 mL per day). Studies looking at breastmilk intake between 24 and 36 months have found typical amounts to be 10-12 oz per day (300-360 mL per day

Semoga kita semua beroleh ilmu dari perkongsian ini.



SUSU APA YG PERLU DIBERI KPD ANAK SELEPAS UMURNYA 2THN (esp pada anak2 yg minum susu ibu)

Artikel ini ditulis oleh Pn Kamariah, Lactation Consultant, IBCLC. Saya simpan dalam bahagian 'Notes' di Facebook saya.

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!



Adakah Ini Penyudahnya....

Assalamualaikum ibu2,

Menjadi persoalan pada diri saya ini, adakah ini penyudahnya? Pasti menjadi tanda tanya pada semua kan...."kenapa dgn cik nida ni? penyudah apa? " :D

Saya mula perasan sejak 3-4 minggu lepas. Setiap kali nak period, susu saya sangat2 merudum sehinggakan masa tu saya hanya bekalkan Nasreen 1 botol ebm dan utk tampung 1 lagi sebelah ptg, saya belikan dia susu segar. Macam2 jenis saya cuba, dia minum sikit je. Sehingga 1 hari dah tak tau nak beli apa, saya beli milo kotak. Itu pun berat hati juga nak beli, sbb setiap kali waktu sarapan, kalau suakan milo panas pada dia, pasti dia menolak, mcm tu jika ke Mac Donald, pasti dia menolak. Dan tak disangka2, ptg tu jemput dia di taska, teacher dia kata, dia nak lagi milo...wahhhhh..anak dara saya ni..

Jadi bermula la kehidupan Nasreen seharian di sekolah tanpa ebm. Tapi saya tetap perah. Knp pulak cik nida ni perah ye? Saya tetap perah kerana saya ingin pastikan susu tu tetap ada, dan saya khuatir jika tiba2 Nasreen nak pulak minum ebm. Dari 4x sehari memerah, sekarang saya kurangkan ke 2x sahaja.

Apa perasaan saya bila Nasreen nak 'wean off' ? Saya bangga kerana saya berjaya menyusukan Nasreen selama ini (hujung bulan ini, usia Nasreen 2thn setengah). Saya bangga dgn diri saya kerana smlm walaupun 2x je perah, tp saya masih lagi boleh hasilkan 4oz. Saya bangga dgn diri saya, kerana saya berjaya pecahkan tradisi dlm keluarga saya. Saya masih ingat lagi, masa pantangkan Nasreen dulu, saya tercari2 susu yg terbaik utk dia, dan keputusan utk menyusukan Nasreen sepenuhnya hanya dibuat 2-3 hari sblm naik kerja. Benar sblm saya buat keputusan itu, Nasreen ada terima sikit susu formula.

Harapan saya, agar permata hati saya ini, akan membesar sihat, menjadi anak yg solehah, anak yg boleh membahagiakan saya dan suami dunia dan akhirat, anak yg berjaya dunia dan akhirat.

Amin.

.

Assalamualaikum

Salam perkenalan dari saya.

Izinkan saya utk berkongsi blog ini bersama semua pembaca yg mendambakan ilmu, perkongsian, nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Saya bukan la Dr, saya juga bukan Pakar Laktasi (salah satu impian tu). Saya cuma seorg insan biasa yg punya seorang anak perempuan yg kini berusia 2 tahun setengah. Saya telah berjaya menyusukan beliau sehingga kini walaupun bukan ekslusif pada awalnya.

Saya adalah seorg yg konservatif (bak kata seorg kawan baik 1 ketika dahulu). Saya bermain dgn angka. Jadi jika ayat2 saya kelak agak kelakar, maaf2 kan aje la ye...

Harapan saya, Insya-allah, , agar perkongsian kita kelak akan memberi faedah kepada semua pengikut blog ini.

Terima kasih.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...