Monday 13 June 2011

RUMAH

Saya telah pergi melihat sebuah rumah minggu lepas bersama2 seorg teman - Hayatie Hashim di Saujana Impian, Kajang.

Belum terniat lagi utk membelinya. Tujuan asal saya adalah untuk melihat2 dahulu - survey2 je.


Bila sampai depan pintu pagar je...rasa2 macam sangat2 menarik. Owner dah siap renovate. Tarik belakang sehabisnya dan tarik ke depan juga.


Ini hall nya....cantik kan...hall nya sekali dgn dining...Pintu yg terbuka tu adalah sliding door. Diubahsuai jadi seperti tu.





Ini pula dapurnya. Saya sangat teruja bila owner dah siap pasang kitchen cabinet. TAPI........saya kurang berkenan dgn kualiti kayu tersebut. Pada saya, dia menggunakan kayu dari kualiti yg rendah. Pada saya la....



Ini pula family hall tingkat atas...saya suka bahagian ni. Rata2 rumah sekarang ni, takde family hall. Pada saya, family hall ni sangat2 penting. Sebab, kalau ada tetamu kat bawah, sekurang2nya ahli keluarga saya, boleh lepak kat bahagian atas...

Dari pandangan luar.

Harga rumah ni, RM 380 ribu. Sangat menarik harganya. Rumah ni bahagian luar tau, bukan jauh ke dalam. Dan ada banyak exit. Kiranya saya tak perlu tumpukan pada 1 jalan sahaja. Dekat dgn Giant, TESCO, ada klinik, ada dobi, ada 7 Eleven, ada McD (penting ni :D)

Jadi, konklusinya, saya rasa saya mungkin tak jadi kot. Walaupun banyak benda2 menarik seperti yg saya nyatakan, tp dari beberapa sudut, saya rasa owner ni, renovate ala kadar je. Dia menggunakan material yg kurang berkualiti. Dan betul juga seperti yg kawan saya nyatakan, kalau rumah baru, kita boleh lontarkan idea kita, sedangkan rumah yg dah siap mcm ni, idea kita limited.




2 comments:

  1. wahhh besar ehh umah banglo ke hapa tu..harga not bad la nk bandingkan semi D kat bangi nu mau setengah juta harga..meh le ke kajang 2 dekat area umah aku ni banyak gak umah baru2 yg baru dibina xlama lg ade mall,MRT..kalau dr jalan reko tmpt tu bebetul seberang jalan dengan jln reko/econsave/bazaar mlm..

    ReplyDelete
  2. teres je...belum mampu nak tgk rumah banglo

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...