Tuesday, 7 June 2011

FADZILAT SEORANG WANITA


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
solehah. 
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
lelaki yang jahat.
 
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
buah dadanya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya. 
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah
d i dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba. 
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat. 
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan
masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada takut. 
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat. 
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah
akan berkatkan rezekinya. 
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah
akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu
yang dia suka. 
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada mala m
hari. 
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji. 
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid. 
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat. 
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.


21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak. 
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga. 
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat. 
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...