Assalamualaikum ibu2,
Menjadi persoalan pada diri saya ini, adakah ini penyudahnya? Pasti menjadi tanda tanya pada semua kan...."kenapa dgn cik nida ni? penyudah apa? " :D
Saya mula perasan sejak 3-4 minggu lepas. Setiap kali nak period, susu saya sangat2 merudum sehinggakan masa tu saya hanya bekalkan Nasreen 1 botol ebm dan utk tampung 1 lagi sebelah ptg, saya belikan dia susu segar. Macam2 jenis saya cuba, dia minum sikit je. Sehingga 1 hari dah tak tau nak beli apa, saya beli milo kotak. Itu pun berat hati juga nak beli, sbb setiap kali waktu sarapan, kalau suakan milo panas pada dia, pasti dia menolak, mcm tu jika ke Mac Donald, pasti dia menolak. Dan tak disangka2, ptg tu jemput dia di taska, teacher dia kata, dia nak lagi milo...wahhhhh..anak dara saya ni..
Jadi bermula la kehidupan Nasreen seharian di sekolah tanpa ebm. Tapi saya tetap perah. Knp pulak cik nida ni perah ye? Saya tetap perah kerana saya ingin pastikan susu tu tetap ada, dan saya khuatir jika tiba2 Nasreen nak pulak minum ebm. Dari 4x sehari memerah, sekarang saya kurangkan ke 2x sahaja.
Apa perasaan saya bila Nasreen nak 'wean off' ? Saya bangga kerana saya berjaya menyusukan Nasreen selama ini (hujung bulan ini, usia Nasreen 2thn setengah). Saya bangga dgn diri saya kerana smlm walaupun 2x je perah, tp saya masih lagi boleh hasilkan 4oz. Saya bangga dgn diri saya, kerana saya berjaya pecahkan tradisi dlm keluarga saya. Saya masih ingat lagi, masa pantangkan Nasreen dulu, saya tercari2 susu yg terbaik utk dia, dan keputusan utk menyusukan Nasreen sepenuhnya hanya dibuat 2-3 hari sblm naik kerja. Benar sblm saya buat keputusan itu, Nasreen ada terima sikit susu formula.
Harapan saya, agar permata hati saya ini, akan membesar sihat, menjadi anak yg solehah, anak yg boleh membahagiakan saya dan suami dunia dan akhirat, anak yg berjaya dunia dan akhirat.
Amin.
.
Nidah, cadanganku, daripada perkenalkan Milo, baik perkenalkan Vico/ air coklat HPA ke apa.... Banyak testimonial Milo yang tidak sedap didengar. Kandungan kepekatan coklatnya juga menyeramkan huhuhu... 20 sen daripadaku.
ReplyDeletethanks Herni...insya-allah akan cuba beralih arah :D
ReplyDelete