Monday, 8 August 2011

KLCC BREASTFEEDING FLASH MOB 2011 VIDEO



theVIDEOGRAPHERZ


KLCC BREASTFEEDING FLASHMOB 2011

Akhirnya saya sertai juga perhimpunan "KLCC BREASTFEEDING FLASHMOB 2011" - 7 Aug 2011. Dari hari Jumaat saya dok berkira2 samaada nak pergi atau tidak. Semalam pagi, dah sms Ayuni (mastermind) menyatakan ketidakhadiran saya ke acara dia. Dan bila semua persediaan utk berbuka puasa dah siap, maka bermula la sessi pujuk memujuk En Lan...hihihihihih...dia kata OK je..terus berdesup saya pergi mandi....Tq En Lan :D


Pemandangan center KLCC. chantikkkkk.....

Acara bermula tepat 5.30 ptg

Apa itu FLASHMOB?

ok....ni yg saya paham. "1 grp akan buat 1 perkara (kebiasaannya menari, tp kami NURSING IN PUBLIC), dan kemudian grp2 lain utk ikut serta. Kononnya mcm spontan la. Dan adakalanya yg walk in pun ikut serta sama"

Saya keraskan hati juga utk ikut serta sbb perhimpunan kali ni bukan dari susuibu.com dan MBfPC semata2. Ianya datang dari pelbagai cabang. Sungguh seronok dapat bersua muka dgn kalian semua. Walaupun kita tak dapat berbual panjang.

Aksi spontan saya dan Nasreen yg telah diambil oleh salah seorg ibu disitu.

Punya la kelam kabut semalam, jadi yg siapkan Nasreen adalah En Lan. Tahu2 sampai kat KLCC, tgk anak dara aku ni tak pakai seluar dalam. Dia cuma pakai pampers je....Belasah je la Aceen....nak kata apa kan...

Nasreen yg tidak mahu menyusu


Bersama Dynas - selebriti yg diharapkan dapat menjadi idola kepada ibu2 semua.

Himpunan yg julung kalinya ini dijangkakan telah dihadiri oleh lebih dari 100 org ibu2. Sungguh menakjubkan.

Kenapa lokasinya adalah KLCC? - Kerana KLCC adalah 1 Mall yg tidak menyokong penyusuan susu ibu. Di dalam nya terdapat bilik penyusuan, tapi cuma 1 sahaja. Ada yg pernah kena halau oleh guard didalam surau semata2 kerana menyusukan anak mereka disana. Begitu juga ibu2 yg hendak pam, turut juga kena halau. Apatah lagi yg menyusu di khalayak, lagi la kena halau. Dan semalam mereka juga meminta kami bersurai. Agaknya mereka takut jika kami mengganas kot. Apa la ibu2 yg khusyuk menyusukan anak ni nak buat...

Secara keseluruhan, saya rasa saya cukup bertuah dipilih oleh Allah utk menyusukan Nasreen. Tak terkata nilainya pada diri saya, diri Nasreen dan juga En Lan.


Thursday, 28 July 2011

Hidup Ini Terlalu Indah

Mood saya agak kelaut sikit 2-3 hari ni. PMS mungkin. Ooohhhhh...percaturan saya tidak mengena bulan ni. Terlalu stress mungkin.

Hidup ini  terlalu indah utk diharungi. Lebih2 lagi jika persekitaran kita juga mengamalkan perkara2 positive....ohhhh kelaut lagi mu ni cik nida.....

Ok..saya akan melalui proses terapi esok. Semoga terapi saya esok berjaya utk mengatasi sakit kepala yg saya alami 2-3 hari ni.



Monday, 25 July 2011

DZ Couture

Memetik kata2 dari sifu saya "The 10 sins against humanity: Politics without Principles, Wealth without Work, Enjoyment without Conscience, Knowedge without Character, BUSINESS without MORALITY, Science without Humanity, Religion without Compassion, Rights without Responsibilities, Power without Accountability, Development without Sustainability."


Bila saya mula berjinak2 dgn dunia perniagaan, banyak yg perlu saya pelajari. Bak kata seorg sahabat lama, "foundation kena kuat". Bila kita berniaga, kita perlu ikut apa yg disarankan oleh Nabi kita. Biar lebih timbangan, jgn dikurangkan timbangan semata2 inginkan keuntungan. Kebajikan org yg membeli adalah paling utama.


Teringat saya pada seorg teman, yg rezekinya melimpah ruah kini. Hanya menjual pam susu dan kini mampu beli Grand Livina, Kia Forte. Bila melihat pada teman saya tu, hati jadi tenang. Setenang dia bercakap. Saya rasa saya sendiri pun tak mampu buat seperti dia.


Jemput semua yg membaca blog saya ini, utk menjengah ke blog DZ Couture. disini








Thursday, 21 July 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH


Hemh...sejak bila saya meminati karya dari seberang ni? Saya tak berapa berkenan, lebih2 lagi cerita yg mengarut2 tu.

Saya dah tonton Ayat-ayat Cinta....saya kurang paham cerita ni. Mungkin sbb audio nya yg kureng sikit masa tu.

Dan saya tertonton KCB ni dkt TV Al-Hijrah. Terduduk saya depan tv tanpa bangun2 sehinggakan Cik Nasreen pun terabai sikit mlm tu..hahhahaha.....Bersambung pulak dgn KCB 2. huhuhuh..sangat2 mempesonakan. Pada saya ceritanya biasa2 je. Cerita berkisarkan tntg mahasiswa dari Indonesia yg belajar di Kaherah. Balik ke Indonesia, dan mengajar di Pesantren. Mengambil Islam keseluruhannya. Walaupun mereka melakonkan watak suami isteri, tapi masih tidak bersentuhan. Itukan sebaiknya? :D

Cerita KCB ni tak melalut / tak merapu mcm cerita2 Indonesia yg lain. Contoh sinetron yg saya follow la juga - Cinta dan Anugerah...hemh..tak sudah2 dgn dengki / balas dendam dan semua sifat2 mazmumah la...

Berbalik pada KCB ni, cerita ni berkisar tntg penduduk di Solo. Pemandangan yg sangat menarik disana. Insya-allah, jika punya rezeki, umur yg panjang, saya nak kesana melihatkan keindahan ciptaan Allah ini :D



LOAN CALCULATOR

Bagaimana untuk mengira loan rumah anda?

Jom kita kira dkt calculator ni loan calculator.

Bila dilihatkan harga rumah sekarang..sangat2 mengerikan...lagi plak bila dah kira int, downpayment..peghhh...boleh pengggsannn.....

Tapi jika kita tidak bermula dari skrg...bila lagi? Harga rumah makin lama makin tinggi, dikatakan akan turun, tp boleh caya ke?





SGM7 - THE NORMAL COURSE OF BREASTFEEDING


Assalamualaikum...


Jom ramai-ramai datang ke SGM ke-7 sebelum kita berehat selama sebulan nanti...Seperti biasa, diadakan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Datanglah bersama seisi keluarga..Topik yang akan dibincangkan pada kali ini ialah"The Normal Course of Breastfeeding"


Tarikh : 24 Julai 2011, Ahad
Lokasi : Tasik Cempaka, BB Bangi
Masa : 9.00 - 10.00 pagi

Konsep : Potluck (sesiapa yang datang tu, sila lah bawa juadah yer) 
Tema : PINK


Untuk pengetahuan semua, kita mempunyai tetamu khas yang akan datang daripada Pahang (ahli kumpulan sokongan susu ibu daerah Jerantut) seramai 40 orang peserta..Jadi jom sama-sama memeriahkan lagi SGM ini bagi meraikan kedatangan tetamu kita...  








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...