Friday, 9 December 2011

RINDU

Sebulan lebih aku berhenti menulis di laman ku ini. Malam ni ku gagahkan juga utk menulis. Menulis kerana hidupku sepetang ini sangat2 tidak keruan. Ya...aku merinduinya...merinduinya sangat2. Akibat terlalu memikirkannya, kepala aku jadi sakit. Apa ya yang ada pada dia...




Monday, 17 October 2011

HM4HB - IBU2 DI IPOH

Ibu2 di Ipoh

Ibu2 di Ipoh telah menyatakan ketidakpuashatian mereka tentang artikle yg telah tersiar di akhbar Berita Harian - Jumaat (14hb Okt 2011).




HM4HB - BALASAN AYUNI ---> BH


Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia; Surat kepada Editor Berita Harian

Oleh Ayuni Zainuddin pada pada 14hb Oktober 2011 pukul 4.39 ptg
Kepada pihak editor Berita Harian,

Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman, dan Wong Hui Juan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.

Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet". Artikel berkenaan yang juga disertai denganteaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"

Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.

Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:

"Re: inportant

hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."

Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk. 

Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.

HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.

Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233. 

Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.

Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik. 

Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!

Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.

Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan
Danielle Sweetman
Wong Hui Juan







HM4HB - Episod 1

Ni cerita Jumaat lepas. Sedang sibuk2 membzkan diri depan pc ni, sorang kawan bertanya kan hal susu ibu yg diurusniagakan di internet. Mula2 tu mmg saya bersetuju dgn pihak akhbar (tanpa membaca akhbar tersebut). Untuk menyelamatkan alam sejagat, saya minta kawan saya tu letakkan link di msg FB saya.

So, bila balik lunch hari tu, saya cuba la buka link tu....cerita panjangnya takde, yg ada cuma yg dia quotekan sahaja. baca sahaja quotenya.....




Tawar susu ibu di internet
Oleh Nor Affizar Ibrahim & Nor Afzan Mohamad Yusof
bhnews@bharian.com.my
2011/10/14

Gambar hiasan
Gambar hiasan
  • Dr ***** ingin mencari anak susuan Muslim perempuan. Beliau masih menyusu dua anak kembarnya, **** dan **** yang berusia 8 bulan tapi supplyanya sangat banyak sampai kena buang sebab lepas tarikh luput. Jika anda tinggal berdekatan Seremban dan mencari ibu susuan, sila hubungi 012******. Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

  • “Kepada semua, saya mempunyai lebihan susu badan 15 beg yang mana setiap satu 5oz dan susu berkenaan dipam pada awal September lalu. Saya menyimpan semuanya di dalam peti sejuk dan sekarang tiada tempat lagi. Pagi tadi, saya berasa sakit dan perlu membuang 11 lagi beg susu badan. Saya harap dapat mendermakannya dan membantu bayi yang memerlukannya. Tolong hubungi saya, jika anda memerlukan sebarang susu badan. Saya tinggal di Puchong. Saya ada mengambil suplemen vitamin, Omega 3, kalsium dan tidak merokok dan tidak minum alkohol. Terima kasih.
    (Sumber laman web)



  •                                                                                                                     



    Saya ulang semula quotenya,

    Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

    Adoooiiiii yangggggg.......EBM tu maknanya EXPRESSED BREASTMILK laaaaaaa........

    Bila baca yg tu je..saya tau dah apa isi kandungan artikle tersebut...

    Terus saya cari wall Ayuni. Rupanya mmg dah penuh dah kat wall dia. Sian Ayuni. Walaupun saya tidak dalam group dia, tapi tujuan asal kami adalah sama. Saya sangat2 terpukul dgn kenyataan wartawan tersebut. Sungguh tidak professional bila menulis tanpa mengkaji dan dia telah merendah2 kan ibu2, dan juga apa yg telah disyariatkan Allah.




    Wednesday, 12 October 2011

    KEMATIAN

    Akhir2 ini saya menerima berita kematian. Kematian suami teman2 sekolah.

    Sebulan yg lepas, teman sekelas - suaminya meninggal disebabkan jangkitan paru2.

    Hari ni, teman setingkatan, suaminya meninggal disebabkan serangan jantung.

    Pada saya, cerai mati adalah lagi parah kesannya daripada cerai hidup. Subhanallah..selalunya kalau diberitakan seperti ini, saya selalu berfikir, adakah saya mampu utk hadapinya jika ianya terjadi pada saya. Adakah saya mampu hidup sendirian membesarkan anak tanpa suami disisi. Sekarang mungkin anak baru seorg, masih boleh uruskan. Apa jadi seandaiannya dia dipanggil Ya Rab, sementalah anak kami bukan seorg.

    Hati saya sangat2 tersentuh apa lagi memikirkan tntg anak2 yatim. Mencari si ayah disaat masih memerlukan ayah dalam hidupnya. Saya sendiri lalui perasaan ini, cuma yg membezakannya, ayah saya pergi tatkala umur saya sudah 20thn.

    "Ya Allah Ya Rahman, berilah ketabahan pada insan2 yg Ko uji. Semoga mereka terus redha dgn setiap ujianMu "




    Tuesday, 4 October 2011

    SABTU YANG INDAH

    Dah lama kami anak beranak tidak menghabiskan masa bersama2. Menghabiskan maksud saya - keluar ber3 tanpa gangguan2 lain.

    Sabtu lepas, usai je kelas Alimkids - kami ke MV. utk tgk wayang dan menjengah expo yg sedang berlangsung.

    Bila En Lan ajak je p tgk wayang, saya dgn jayanya mengatakan - "kita tgk cite Jet Li ekkk....". En Lan pandang saya - " ehhh...sejak bila plak awak layan cite kungfu ni...." "ayooo...awat? mcm tak de rupa org layan cite kungfu ekk saya ni :P "

    Saya mmg dari dulu layan cite kungfu, lebih2 lagi cite Jet Li..Hemh..so, kami p la tgk cite 'The Sorcerer and The White Snake'

    Alahaiiii...lepas habis cite tu kan, rasa nak menyumpah sat. Sejak bila pulak Jet Li ni berlakon cite ngarut2 ni...Dalam cite tu, ada element Wonderpets, ada masukkan kejadian Tsunami...serius lawaknya cite tu...Rasa nyesal pun ada gak...terpikir2, kalau tau dari awal citenya mcm tu, baik tgk The Three Musketeers...

    Apa2 pun...tq En Lan....




    EXPRESSING & STORING BREASTMILK

    Selalu menjadi kekeliruan tntg expressing dan storing breastmilk. Saya dah banyak kali menulis tntg ini, dan dah banyak kali juga telah menunda utk siarkan di ruangan blog ni.

    Kebetulan saya baca newsletter dari SUSUIBU, saya terjumpa artikle yg telah ditulis oleh Pn Rita Rahayu, BSc, CISA, IBCL

    apa kata kak rita

    Selamat membaca. Semoga dgn ilmu yg telah dicurahkan ini, membolehkan ilmu kita juga bertambah :D



    Friday, 30 September 2011

    MARI IKUT CARA NABI




    Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

    sunnah nabi jarang nak ikut ..

    Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
    dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
    khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
    yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
    kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

    The Truth

    Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
    hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
    berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
    membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
    menggunakan tangan untuk beristinjak.

    Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
    bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
    kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
    seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
    dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
    ke dalam kepala.

    Percayalah.

    Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
    mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
    lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

    Additional info

    Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
    najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
    walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
    berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
    tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

    Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
    bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
    Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
    cincin pakailah di jari

    1] jari manis
    2] jari kelingking (anak jari)


    dan jangan memakai pada jari
    1] jari tengah
    2] jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
    telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
    dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

    Perhatian

    Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

    p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

    DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

    ((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

    لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

    Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

    wallahu a'lam.


    KELEBIHAN SURAH AL KHAUSAR



    Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

    Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
    Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

    Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

    1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

    2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

    3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

    4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

    5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

    6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

    7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

    Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.



    Thursday, 29 September 2011

    SAHABAT? TEMAN? KAWAN? KAWAN KARIB??????

    Apa maksud SAHABAT? TEMAN? KAWAN? KAWAN KARIB?

    Puas saya menggoggle....TAKDE...yg pasti dalam Kamus Dewan Bahasa mmg ada la...

    Kalian ada kawan? sahabat? teman? kawan karib?


    Pada saya, berkawan la selagi mampu.....berkawan la selagi kita ikhlas, jujur....tapi bila berkawan pasti ada batasnya juga. Tak semua kita boleh share dgn kawan, tak semua benda juga kita boleh sorokkan dari seorg teman.

    Ingatla kawan karib juga boleh menjadi musuh kita. Pelik kan? Makanya, kita perlu hati2 bila bicara dgn seseorg yg kita namakan sebagai kawan karib.

    Berapa tahun kita kenal kawan kita tu, tak menunjukkan yg kita perlu kongsi segala2nya dgn dia. Dan lamanya kita berkawan dgn org, tidak bermakna kita boleh kawal dia.

    Yang penting, kita perlu sedar limitasi kita dan limitasi kawan kita tu.

    Selamat bersahabat semua :)


    HOBI BARU



    Sudah lebih 10 tahun saya meninggalkan dunia crossstitch. Yang bestnya, mana pergi pun tak tahu dah....hihihih.

    Hari tu, pergi kedai jahitan (seperti biasa beli barang2 utk mak), terpandangkan seorang makcik ni dok telek fail crossstitch, tetiba mcm datang pulak idea nak buat utk CINTA saya. Beria mencari design DMC ni (sbb pada saya, ni design yg latest), sampai gaduh la dgn seorg cina ni. Ceritanya, cina tu tak nak jual design ni kalau saya tak beli kain dan kesemua benang. Apanya sengal la cina tu...terus saya keluar sambil menyumpah2 kat cina tu.

    Akhirnya saya temui 1 kedai di Seks 4 Tambahan, Bangi. Takde juga design ni, tp Pakcik kedai tu usahakan juga utk saya. Dalam masa 3 hari, saya dapat. Pakcik ni gi telefon supplier dia dkt Ipoh. Dan menurut cerita pakcik ni, design ni hanya tinggal 1 je. Itu pun supplier tu p cari merata....sangat2 bersyukur dan berterima kasih.

    Jadi......kerja saya akan bertambah 1 lagi...Tahun bila nak siap? saya tak pasti, yg pastinya, ianya adalah utk CINTA saya :D



    Tuesday, 13 September 2011

    JOM LAYAN LAGU

    Tetiba ptg ni saya emosi saya jadi merudum. melayan lagu2 lama yg jiwang. Menjadi sesuatu yg luar biasa kat opis ni, bila seseorg yg rajin bergaduh tetiba melayan lagu jiwang. hahahahhaa..pasai apa ekkk tetiba layan lagu jiwang ni?? saya pun tak punya idea....

    Jom layan juga

    TRULY

    ENDLESS LOVE


    Monday, 12 September 2011

    SOLAT MENGHINDARKAN DARI PERBUATAN2 MAZMUMAH


    Apa guna solat jika hati masih kotor. Subhanallah. Langsung tidak pernah mahu pandang dr sudut positif.
     ·  · Saturday at 8:52am via mobile
      • Mohd Fadly Abd Jalil Solat tu wajib...
        Saturday at 9:40am · 
      • Hanidah Husaini Betul solat itu wajib.bila kita bersolat,bermakna hati kita perlu bersih.tp jika hati xbersih tp kita potray kita ni alim,sama saje kan
        Saturday at 9:48am · 
      • Mohd Fadly Abd Jalil betul3...harap lepas istiqomah dan khusyuk dlm solat...dpt leh cucikan mana2 yg kotor kan....hehehe cam uztaz plak...
        Saturday at 10:08am · 
      • Hanidah Husaini Ya..bermakna jika solat tp masih melakukan perkara2 lagha, makanya solat kt blm betul diterimaNya. Oleh itu,kita perlu muhasabah diri.Semoga kita semua diampunkanNya diatas setiap kelalaian kita.
        Saturday at 10:24am · 
      • Mohd Fadly Abd Jalil ada org sakit hati ke?....biasa la tu...mana2 tempat ada je manusia macam ni...
        Saturday at 11:11am · 
      • Hanidah Husaini tazkirah diwaktu pagi.peringatan utk diri sendiri sbnrnya. 2-3 hr ni bnyk perkara berlaku_pd diri aku. Jadi muhasabah diri.
        Saturday at 11:17am · 
      • Mohd Fadly Abd Jalil apa2 pun...program tanyala ustaz best








    Tuesday, 6 September 2011

    CINTA

    Agak suspen je tgk tajuk tu kan...hahahahhaa

                    Ini CINTA hati kami sekeluarga

    Keputusan yg saya ambil hanya dalam masa 5 minit. Keinginan tu datang lama dah. Sambil tu melihat sana sini juga.

    Projek ni dah launch tahun lepas lagi, agaknya mmg rezeki kami, ada yg reject, dan itu yg kami dapat.

    Lokasi nya disini

    Sebulan Ramadhan hari tu, kami pening kepala memikirkan tntg hal ni...mana dgn nak rayanya, mana dgn nak bayar duit lawyer lagi. Alhamdulillah, satu persatu masalah selesai. Dan skrg, S&P dah ada dalam tangan saya. offer letter dari bank pun dah terima. Jadi tinggal nak uruskan pembayaran 10% dan lawyer :D

    Doakan kami agar urusan kami ini dipermudahkan :D





    SALAM AIDILFITRI

    Aidilfitri kali ni betul2 terasa kelainannnya. Saya tidak bersemangat utk membuat persiapan. Alhamdulillah, utk Nasreen dah settle awal2.

    Percaya atau tidak...gambar family pun tak sempat nak ambik. cuma sempat 1 je..itupun viewnya agak kurang menarik...


    Tahun ni beraya di Rembau. Persiapan disana agak berbeza dgn di Kajang. Percaya atau tidak, Aildilfitri kali ni saya berkesempatan untuk ke rumah teman lama di K.Pilah, hanya kerana 2-3 minggu sblm raya ari tu, saya teringat dgn nenek dia. Tq En Lan. Nak kesana tu, kami kena harung jem yg amat teruk dekat Bukit Putus tu. Dah tu masuk pulak jalan kampung kat Seri Menanti semata2 nak elakkan jem. Adventure betul masa tu.

    Tahun ni juga tahun kawalan makanan....hahahahha...saya ni tak boleh makan pulut. DILARANG KERAS!!!...tp itu la kegemaran saya. Mak kat rumah buat ketupat palas..mak mertua order lemang..pi beraya org hidang lemang nala nya....dalam pada dok kawal2 tu, semput juga malam raya ari tu - akibatnya kena marah dgn En Lan....Saya bukan apa sbnrnya....boleh la nak makan tu, tapi hospital yg terdekat dgn Rembau tu - dkt Tampin atau pun Seremban...dibuatnya pukul 4 pagi saya kena serang dgn athma....kan leceh tu. Kalau kat Kajang, kena serang pukul 4 pagi - KPJ sebelah rumah je .....ngeh3

    Apa2 pun....Salam Aidilfitri..Mohon Ampun dan Maaf.




    Monday, 8 August 2011

    KLCC BREASTFEEDING FLASH MOB 2011 VIDEO



    theVIDEOGRAPHERZ


    KLCC BREASTFEEDING FLASHMOB 2011

    Akhirnya saya sertai juga perhimpunan "KLCC BREASTFEEDING FLASHMOB 2011" - 7 Aug 2011. Dari hari Jumaat saya dok berkira2 samaada nak pergi atau tidak. Semalam pagi, dah sms Ayuni (mastermind) menyatakan ketidakhadiran saya ke acara dia. Dan bila semua persediaan utk berbuka puasa dah siap, maka bermula la sessi pujuk memujuk En Lan...hihihihihih...dia kata OK je..terus berdesup saya pergi mandi....Tq En Lan :D


    Pemandangan center KLCC. chantikkkkk.....

    Acara bermula tepat 5.30 ptg

    Apa itu FLASHMOB?

    ok....ni yg saya paham. "1 grp akan buat 1 perkara (kebiasaannya menari, tp kami NURSING IN PUBLIC), dan kemudian grp2 lain utk ikut serta. Kononnya mcm spontan la. Dan adakalanya yg walk in pun ikut serta sama"

    Saya keraskan hati juga utk ikut serta sbb perhimpunan kali ni bukan dari susuibu.com dan MBfPC semata2. Ianya datang dari pelbagai cabang. Sungguh seronok dapat bersua muka dgn kalian semua. Walaupun kita tak dapat berbual panjang.

    Aksi spontan saya dan Nasreen yg telah diambil oleh salah seorg ibu disitu.

    Punya la kelam kabut semalam, jadi yg siapkan Nasreen adalah En Lan. Tahu2 sampai kat KLCC, tgk anak dara aku ni tak pakai seluar dalam. Dia cuma pakai pampers je....Belasah je la Aceen....nak kata apa kan...

    Nasreen yg tidak mahu menyusu


    Bersama Dynas - selebriti yg diharapkan dapat menjadi idola kepada ibu2 semua.

    Himpunan yg julung kalinya ini dijangkakan telah dihadiri oleh lebih dari 100 org ibu2. Sungguh menakjubkan.

    Kenapa lokasinya adalah KLCC? - Kerana KLCC adalah 1 Mall yg tidak menyokong penyusuan susu ibu. Di dalam nya terdapat bilik penyusuan, tapi cuma 1 sahaja. Ada yg pernah kena halau oleh guard didalam surau semata2 kerana menyusukan anak mereka disana. Begitu juga ibu2 yg hendak pam, turut juga kena halau. Apatah lagi yg menyusu di khalayak, lagi la kena halau. Dan semalam mereka juga meminta kami bersurai. Agaknya mereka takut jika kami mengganas kot. Apa la ibu2 yg khusyuk menyusukan anak ni nak buat...

    Secara keseluruhan, saya rasa saya cukup bertuah dipilih oleh Allah utk menyusukan Nasreen. Tak terkata nilainya pada diri saya, diri Nasreen dan juga En Lan.


    Thursday, 28 July 2011

    Hidup Ini Terlalu Indah

    Mood saya agak kelaut sikit 2-3 hari ni. PMS mungkin. Ooohhhhh...percaturan saya tidak mengena bulan ni. Terlalu stress mungkin.

    Hidup ini  terlalu indah utk diharungi. Lebih2 lagi jika persekitaran kita juga mengamalkan perkara2 positive....ohhhh kelaut lagi mu ni cik nida.....

    Ok..saya akan melalui proses terapi esok. Semoga terapi saya esok berjaya utk mengatasi sakit kepala yg saya alami 2-3 hari ni.



    Monday, 25 July 2011

    DZ Couture

    Memetik kata2 dari sifu saya "The 10 sins against humanity: Politics without Principles, Wealth without Work, Enjoyment without Conscience, Knowedge without Character, BUSINESS without MORALITY, Science without Humanity, Religion without Compassion, Rights without Responsibilities, Power without Accountability, Development without Sustainability."


    Bila saya mula berjinak2 dgn dunia perniagaan, banyak yg perlu saya pelajari. Bak kata seorg sahabat lama, "foundation kena kuat". Bila kita berniaga, kita perlu ikut apa yg disarankan oleh Nabi kita. Biar lebih timbangan, jgn dikurangkan timbangan semata2 inginkan keuntungan. Kebajikan org yg membeli adalah paling utama.


    Teringat saya pada seorg teman, yg rezekinya melimpah ruah kini. Hanya menjual pam susu dan kini mampu beli Grand Livina, Kia Forte. Bila melihat pada teman saya tu, hati jadi tenang. Setenang dia bercakap. Saya rasa saya sendiri pun tak mampu buat seperti dia.


    Jemput semua yg membaca blog saya ini, utk menjengah ke blog DZ Couture. disini








    Thursday, 21 July 2011

    KETIKA CINTA BERTASBIH


    Hemh...sejak bila saya meminati karya dari seberang ni? Saya tak berapa berkenan, lebih2 lagi cerita yg mengarut2 tu.

    Saya dah tonton Ayat-ayat Cinta....saya kurang paham cerita ni. Mungkin sbb audio nya yg kureng sikit masa tu.

    Dan saya tertonton KCB ni dkt TV Al-Hijrah. Terduduk saya depan tv tanpa bangun2 sehinggakan Cik Nasreen pun terabai sikit mlm tu..hahhahaha.....Bersambung pulak dgn KCB 2. huhuhuh..sangat2 mempesonakan. Pada saya ceritanya biasa2 je. Cerita berkisarkan tntg mahasiswa dari Indonesia yg belajar di Kaherah. Balik ke Indonesia, dan mengajar di Pesantren. Mengambil Islam keseluruhannya. Walaupun mereka melakonkan watak suami isteri, tapi masih tidak bersentuhan. Itukan sebaiknya? :D

    Cerita KCB ni tak melalut / tak merapu mcm cerita2 Indonesia yg lain. Contoh sinetron yg saya follow la juga - Cinta dan Anugerah...hemh..tak sudah2 dgn dengki / balas dendam dan semua sifat2 mazmumah la...

    Berbalik pada KCB ni, cerita ni berkisar tntg penduduk di Solo. Pemandangan yg sangat menarik disana. Insya-allah, jika punya rezeki, umur yg panjang, saya nak kesana melihatkan keindahan ciptaan Allah ini :D



    LOAN CALCULATOR

    Bagaimana untuk mengira loan rumah anda?

    Jom kita kira dkt calculator ni loan calculator.

    Bila dilihatkan harga rumah sekarang..sangat2 mengerikan...lagi plak bila dah kira int, downpayment..peghhh...boleh pengggsannn.....

    Tapi jika kita tidak bermula dari skrg...bila lagi? Harga rumah makin lama makin tinggi, dikatakan akan turun, tp boleh caya ke?





    SGM7 - THE NORMAL COURSE OF BREASTFEEDING


    Assalamualaikum...


    Jom ramai-ramai datang ke SGM ke-7 sebelum kita berehat selama sebulan nanti...Seperti biasa, diadakan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Datanglah bersama seisi keluarga..Topik yang akan dibincangkan pada kali ini ialah"The Normal Course of Breastfeeding"


    Tarikh : 24 Julai 2011, Ahad
    Lokasi : Tasik Cempaka, BB Bangi
    Masa : 9.00 - 10.00 pagi

    Konsep : Potluck (sesiapa yang datang tu, sila lah bawa juadah yer) 
    Tema : PINK


    Untuk pengetahuan semua, kita mempunyai tetamu khas yang akan datang daripada Pahang (ahli kumpulan sokongan susu ibu daerah Jerantut) seramai 40 orang peserta..Jadi jom sama-sama memeriahkan lagi SGM ini bagi meraikan kedatangan tetamu kita...  








    Monday, 18 July 2011

    KISAH SEORANG IBU

    Feeling sikit nak cerita benda2 ni. Saya ni bukan la anak yg baik tapi tak pernah terpikir dek kepala saya utk buat perkara2 macam ni..Subhanallah.

    Ada seorg ibu dtg dari kampung ke KL untuk bertemu dgn anak cucu. Dibawaknya macam2 utk si anak dan cucu. Datang naik bas....si ibu mengidap sakit jantung, diabetes, darah tinggi....semua2 tu la. Dan sudah diberitahu awal2 pada si anak tentang kehadirannya dan diminta utk jemput dia di station bas. Apa jadi? Tiba di station bas, si anak mmg dah tunggu, tapi tunggukan barang2 yg si ibu bawak utk dia sekeluarga. Apa yg telah dia nyatakan pada si ibu? " saya nak ke luar daerah. ada kerja yg perlu diselesaikan. di rumah tiada org"

    Sangat2 sentap bila saya mendengar cerita tu. Kebetulan, pada masa yg sama, kawannya juga dtg ke station bas tu. Jadi dia ikut kawannya pulang. 2 mlm dia di rumah kawannya, anak sedara dia dtg dan bawa dia kerumah adiknya. Sehingga dia pulang semula ke kampung, si anak langsung tidak telefon utk bertanya khabar.

    Rasa2nya dia bangga punya anak2 yg berjaya, tapi dia juga turut kecewa bila anak2 nya telah ketepikan dia. Sudahla suaminya buat hal, dan boleh dikatakan semua anak2 nya setuju apa yg telah si ayah buat walaupun ianya salah.

    Doa saya, agar si ibu diberikan kekuatan oleh Allah. Semoga dia memperolehi kebahgiaan di akhirat kelak. Amin




    Thursday, 14 July 2011

    WOMEN SECRET RECIPE



    Sejak2 tersedar yg berat badan dah berlebihan, dan terasa diri pun mcm dah kurang seri, saya tekad utk buat transformasi.

    Women Secret Recipe (WSR) ni dah lama Dr saya kenalkan pada saya, tapi masa tu sbb tak cukup duit, saya tak jadi ambik. Sehinggalah 2-3 hari, dia add saya dalam 1 grp kat FB. Bila baca testimoni wanita2 lain, terus saya nekad utk beli juga....Sehingga entry ni ditulis, saya dah 3 malam mengamalkannya. Kesan???? saya ceritakan asal usul WSR ni dulu ye.

    Saya copy paste msg dari salah seorg dealer WSR kepada kawan saya - Erma

    " wsr ni adalah i rahsia yg dicipta khas tuk org wanita.ia dihasilkan oleh herb yg dikenali sbg pokok perawan.sifat pokok ni ia akan mngucup dan memburuk jika lelaki terpandang padanya.oleh sbb itulah pantang larangnya,lelaki xboleh tgok,trmasuk bby..umpama mhormati sifat nya yg sebegitu..ia begitu mujarab tuk mgubati penyakit dalaman kaum hawa ni.contohnya keputihan,senggugut,pasal peranakan dn sbgainya..ia bukan sj tuk dalaman kita tapi tuk luaran juga.cm jg kulit,jg badan,bg keserian kt wajah kita.pendek kata tuk luar dalam lah..mmg ngam sgt2 ngan org ppuan..apa sj keperluan sbg sorang ppuan,wsr dapat membantu dan memberi..insylah...bila dah dia jg dalam n luar..secara xlsg en asben pun dapat rasa gak kesan special dia..dia leh mngecutkan rahim,mgetatkan vagina dAN menguatkan kemutan kita..so en asben pun tersenyum lebarlah..hehe.sbb tu bila ada yg brtanya sal nk jadikan ia sbg pil perancang,mgkin kurang sesuailah sbb wsr memberikan kesuburan pada hormon2 sehingga keinginan seks lebih terbuka..itu sy sendiri akui..saya sendiri alami.keletihan dari kerja seharian dan sakit bdn yg membuatkan keinginan seks mula suram sudah jauh dari diri saya..saya mula berasa lega..dulu,jika tu berlaku sy agak risau kalau suami bosan.yelah bila agak lewat mlm,sy dah mula lentok..hehe. 



    sebelum saya sertai dealer ni,sy mmg nk wat testimoni wsr ke atas diri sy dulu.lau xok sy pun xteruja smpai mcm skrg ni.dgn maslah yg kebetulan sy hadapi ketika tu saya cuba wsr.alhmdlah dalam masa yg terlalu singkat ia pulih..cukup luar biasa.saya dah makan ubat sblm ni,dah berjumpa bidan tp mengecewakan..dgn wsr saya rasa lega.sbb tu sy cukup excited nk berkongsi dgn kwn2 n lau boleh seramai kaum hawa..saya bercerita pun dgn pengalaman saya sndiri..bukan niat berniaga... :) lau erma berminat,segeralah dapatkan wsr..anda xrugi..pasti ada kesan istimewa yg bakal erma dapat..insylah.. 


    sy diperkenalkan wsr oleh kakak ipar saya yg pada masa dalam pantang..selepas nifas kering,dia terus guna wsr.selepas dia rasa khasiat wsr ok barulah dia syorkan sy tuk try..dia pun menyusu ketika itu.kesannya susu bertambah byk,kulit anak halus,cantik kemerahan dan bersih.baby pun kurang meragam..itulah pengalamn dari kakak saya.bg saya,erma cukup bertuah sbb time erma kenal wsr adalah time erma baru melahirkan..time ni lah erma berpeluang tuk merawat,repair dalaman n luaran.dalam proses pembaikan tau lepas kita beranak.kalau wsr ni mmg ngam nk jg hal2 dalaman org ppuan,emm apa tgu lagi.masa yg cukup sesuai tu..ikut pngalaman lain,dorg niat sblm makan wsr,minta yg baik2 utk kita n baby..insylah baby ppun ok..lau dah dalaman ibu pun sempurna,pasti bby pun dapat yg terbaik..insylah..."




    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...